Anda di sini

Penguang lancar stesen minyak kedua di Marudi

Advertisement
Penguang mengetuai acara memotong reben tanda perasmian Stesen Petronas Marudi pada Sabtu.
Penguang mengetuai acara memotong reben tanda perasmian Stesen Petronas Marudi pada Sabtu.

MARUDI: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil melahirkan penghargaan kepada ahli keluarga Tiong kerana berjaya membina stesen minyak kedua di Marudi. 

"Kita baharu sahaja melancarkan stesen minyak pertama di Marudi iaitu Stesen Shell dan hari ini kita lancar stesen kedua iaitu Stesen Petronas," katanya pada Majlis Perasmian Stesen Petronas di Kampung Cina di sini pada Sabtu.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi itu berkata kedua-dua stesen minyak itu melakar sejarah di Marudi kerana bukan senang memohon tapak stesen tersebut. 

Beliau berkata, ini adalah pilihan terbaik kerana merupakan laluan utama Jalan Miri-Marudi seterusnya ke Limbang.

Turut berucap ialah Azendie Seli dari Petronas Sabah dan Sarawak serta Pengurus Stesen Petronas, Lina Tiong. 

Hadir sama isteri Penguang iaitu Datin Monica Ukong, Edward Mendai dan Pengurus Besar Petronas Marudi Tiong Ah Chuan serta Pegawai KPDNK Bahagian Miri Mos Bauk.
 

  • oleh
  • Advertisement