Anda di sini

MYTV lancar perkhidmatan penstriman OTT percuma - MYTV Mana-Mana

Advertisement
Helmi ketika menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran perkhidmatan penstriman MYTV Mana-Mana di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Helmi ketika menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran perkhidmatan penstriman MYTV Mana-Mana di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Oleh Yovinka Devi

KUALA LUMPUR: MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) mengumumkan pelancaran perkhidmatan penstriman Over-the-Top (OTT) percuma Malaysia, MYTV Mana-Mana.

Majlis pelancaran itu diadakan di Hotel Hilton Petaling Jaya pada Jumaat dan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek.

Ditubuhkan pada 2014, MYTV merupakan satu-satunya platform Malaysia untuk TV Digital Percuma yang boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia dan percuma sepenuhnya untuk semua penonton, tanpa yuran atau caj bulanan.

Dengan MYTV Mana-Mana, penonton kini boleh menonton pelbagai program tempatan dan asing dalam definisi tinggi (HD) secara langsung atas permintaan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Platform ini menawarkan saluran TV, radio dan kandungan ‘on-demand’ dengan fungsi ‘play,’ ‘fast forward,’ ‘rewind’ atau ‘pause,’ ‘catch up TV,’ serta ‘interactive TV guide’ melalui pelbagai peranti digital seperti komputer, tablet atau telefon mudah alih.

MYTV merupakan platform OTT nasional yang membawakan saluran TV percuma secara langsung iaitu RTM, Bernama TV, TVS, Suke TV dan TV Al-Hijrah dan kandungan ‘on-demand’ seperti Resepi Tok (Destinasi TV), Walkabout Asia, Cerita Makanan, Bandar Dunia dan banyak lagi.

“Matlamat MYTV Mana-Mana adalah untuk menyediakan pelbagai pilihan program yang berkualiti tinggi di bawah satu bumbung, khusus untuk rakyat Malaysia,” kata jurucakap MYTV.

“Kami amat bangga menjadi sebahagian daripada agenda nasional untuk membantu merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat dan kami percaya perkhidmatan penstriman kami akan memainkan peranan besar dalam mencapai matlamat ini.”

Dalam masa terdekat, MYTV Mana-Mana juga akan menambah lebih banyak saluran dan kandungan unik, khusus dan eksklusif pada platformnya, tambahnya.

Penggunaan televisyen digital percuma ini yang boleh diakses menerusi televisyen menggunakan dekoder MYTV sedia ada, juga boleh ditonton melalui aplikasi MYTV Mana-Mana di Google Play Store, Apple Store dan laman web mana2.my.

Pada majlis tersebut, hadirin turut dihidangkan dengan sedutan video eksklusif tentang aplikasi MYTV Mana-Mana yang menawarkan paparan aplikasi mesra pengguna, senarai saluran dan kandungan ‘on-demand,’ ciri-ciri menarik berserta pengenalan logo rasmi MYTV.

 Mohsein Mazlan (wakil Al Hijrah), Suhaimi Sulaiman (Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia), Azlina Yusof (Ketua Pegawai Operasi MYTV Broadcasting Sdn Bhd), Mastura Mustafa (Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia), Helmi, Mohammad, Datuk AC Mizal Datuk Zaini (Pengasas dan Pengerusi Rangkaian TV Suke), Shamsul Izhan Abdul Majid (Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), Asril Rahman Abdul Hadi (CFO MYTV
(Dari kiri): Mohsein Mazlan (wakil Al Hijrah), Suhaimi Sulaiman (Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia), Azlina Yusof (Ketua Pegawai Operasi MYTV Broadcasting Sdn Bhd), Mastura Mustafa (Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia), Helmi, Mohammad, Datuk AC Mizal Datuk Zaini (Pengasas dan Pengerusi Rangkaian TV Suke), Shamsul Izhan Abdul Majid (Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), Asril Rahman Abdul Hadi (CFO MYTV

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ALTEL Mohamad Helmi Harith berkata, platform itu turut dilengkapi sistem analisis dan algoritma terkini bagi membolehkan pengukuran data tepat dan masa nyata.

MYTV merupakan anak syarikat pegangan ALTEL.

MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) telah dilantik oleh kerajaan Malaysia untuk membangun dan mengendalikan infrastruktur dan kemudahan rangkaian Televisyen Terestrial Digital (DTT) Malaysia sebagai sebahagian daripada Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional.

Projek ini bertujuan untuk mengubah landskap penyiaran di Malaysia dari analog kepada digital sambil merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat negara. 

Agensi penyiaran kerajaan dan juga syarikat-syarikat penyiaran swasta serta penyedia kandungan berpeluang meraih pelbagai faedah khususnya dalam memaksimumkan jumlah capaian penonton dan menjana pendapatan melalui platform ini.

Semasa majis pelancaran yang dihadiri pelbagai pemimpin industri, pegawai kerajaan dan wakil media, Helmi dalam ucapannya berkata, MYTV beraspirasi menjadi YouTube versi Malaysia.
 

Advertisement