Anda di sini

Makan malam kelab peminat Manchester United 9 Jun depan

Advertisement
 Fynn (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama bekas pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand semasa acara kelab sebelum ini.
KENANGAN: Fynn (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama bekas pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand semasa acara kelab sebelum ini.

KOTA KINABALU: Kelab penyokong rasmi Manchester United, United Malaysia, akan mengadakan makan malam tahunan ke-5 di Dewan Hakka 9 Jun depan.

Pengerusi penganjur Fynn Floyd Wong menggesa peminat terutama yang menyokong Manchester United agar menghadiri acara ini yang dilihat sebagai salah satu acara terbesar untuk kelab peminat bola sepak di negara ini.

“Selepas beberapa tahun kebelakangan kita tidak dapat menganjurkan majlis makan malam tahunan disebabkan kekangan pandemik Covid-19.

“Selepas berehat selama empat tahun, acara bertemakan ‘United Unite: Still United’ ini dijangka menarik kira-kira 1,000 ahli dan kita teruja untuk mengadakan sambutan yang dinanti-nantikan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya pelbagai program juga sedang dirancang untuk makan malam tahunan ini termasuklah acara cabutan bertuah yang lazim diadakan.

“Pemenang berpeluang mendapat tiket secara percuma untuk menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium Old Trafford Manchester United,” katanya.

Tambahnya harga tiket bermula RM100, RM150 dan RM200 yang akan tersedia untuk pembelian dalam masa terdekat.

  • oleh
  • Advertisement