Anda di sini

Lima pasukan bersaing pada Kejohanan Badminton Tertutup Piala KPD Marudi

Advertisement
Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian pada Kejohanan Badminton Tertutup Piala Ketua Polis Daerah Marudi merakamkan kenangan bersama.
Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian pada Kejohanan Badminton Tertutup Piala Ketua Polis Daerah Marudi merakamkan kenangan bersama.

MARUDI: Sebanyak lima pasukan menyertai Kejohanan Badminton Tertutup Piala Ketua Polis Daerah Marudi sempena Peringatan Hari Polis Ke-216 2023 di sini pada Jumaat.

Kejohanan anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi itu disertai para pegawai kanan, pegawai rendah, pegawai awam, ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan ahli keluarga polis IPD Marudi.

Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Mat Kib berkata, kejohanan itu bertujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga IPD Marudi.

“Selain itu, ia menyahut seruan pucuk pimpinan untuk mengamalkan budaya gaya hidup sihat.

“Ia juga secara tidak langsung memupuk semangat kesukanan sekali gus mencungkil bakat baharu dalam sukan badminton untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya ketika merasmikan kejohanan tersebut.

Pada kejohanan kali ini, pasukan BSJ/BSJN muncul juara selepas mengalahkan pasukan BSPTD/BPJKK/BKA dengan agregat 3-2.

Manakala, pasukan B-Logistik menewaskan pasukan SB Plus dengan agregat 3-1 untuk muncul pemenang tempat ketiga.
 

  • oleh
  • Advertisement