Anda di sini

Lelaki tempatan miliki syabu diberkas

Advertisement
 Suspek berjaya diberkas dan ditahan untuk siasatan lanjut.
BERKAS: Suspek berjaya diberkas dan ditahan untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Seorang lelaki tempatan disyaki memiliki dadah jenis syabu ditahan di Kampung Kijang, Merotai Besar, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisiner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kegiatan penagihan dadah di kawasan tersebut.

Katanya, sepasukan polis daripada Balai Polis Bombalai yang menjalankan rondaan di kawasan tersebut mengesan suspek dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah rumah.

“Suspek berumur 25 tahun itu bertindak cuba melarikan diri ketika dihampiri pasukan rondaan, namun berjaya ditangkap.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek menemukan satu plastik lutsinar mengandungi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 0.14 gram,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah IPD) Tawau untuk siasatan lanjut, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jasmin berkata, masyarakat terutamanya ketua keluarga diminta memainkan peranan penting dalam menangani masalah penagihan dadah.

“Orang ramai diminta menyalurkan sebarang kegiatan jenayah terutamanya salah guna dadah di kawasan mereka supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement