Anda di sini

Lawatan ke Jakarta mampu wujudkan peluang pelaburan

Advertisement
 Roland bersama rombongan ketika mengadakan lawatan ke Kementerian Pelaburan Indonesia.
LAWATAN: Roland bersama rombongan ketika mengadakan lawatan ke Kementerian Pelaburan Indonesia.

KOTA KINABALU: Program lawatan ke Kementerian Pelaburan Indonesia (Kementerian Investasi), di Jakarta selama dua hari bermula 13 Mac itu dilihat mampu mewujudkan peluang pelaburan antara kedua-dua negara.

Program yang dianjurkan oleh Kerajaan negeri, Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) dan Majlis Profesional Sabah itu diketuai oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Dr Roland Chia.

Manakala, SSL diketuai oleh presidennya Roger Chin dan Majlis Profesional Sabah pula dipengerusikan oleh Presiden Protem, Rizal Banjar.

Lawatan itu bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pelaburan di Ibu Kota baharu Indonesia di Kalimantan iaitu Nusantara.

Delagasi Sabah turut melawat Badan Penyelaras Pelaburan Indonesia (BKPM) di bawah Kementerian Pelaburan, Indonesia yang bertanggungjawab dalam penggubalan dasar kerajaan sektor tersebut.

Dalam pertemuan itu, delagasi Sabah dapat mengetahui secara langsung berkaitan BKPM Online dan perkhidmatan data pelaburan untuk membantu pelabur asing melabur di Indonesia.

Selain itu, mereka juga dapat mempelajari membangunkan persekitaran pelaburan dan data peluang pelaburan di seluruh Indonesia serta Sistem Penyerahan Tunggal Dalam Talian (OSS) bagi membolehkan pelabur asing memperoleh lesen perniagaan dengan lebih cekap.

Taklimat itu dikendalikan oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan Pelaburan Md Firdaus ST, Agus Joko Saptono dan Pengarah Pelaksanaan Pelaburan, Ady Soejiharto.

Sementara itu, Roland berkata, banyak inisiatif Kerajaan negeri lakukan untuk memudahkan pelaburan serta meningkatkan lagi daya tarikan Sabah di peringkat antarabangsa dan domestik.

Beliau turut berharap Kementerian Investasi, Indonesia dapat mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelaburan terutamanya dalam bidang Pembuatan dan Pertanian.

  • oleh
  • Advertisement