Anda di sini

Kepelbagaian kaum, agama bukan penghalang keharmonian di Sabah

Advertisement
SALLEH
SALLEH

KOTA KINABALU:  Perbezaan agama dan latar belakang kaum bukan penghalang untuk rakyat Sabah bersatu serta hidup harmoni.

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak berkata, kewujudan rumah ibadat berbeza agama di lokasi berhampiran menunjukkan betapa amalan toleransi kaum yang sangat tinggi dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik dan agama di negeri ini.

"Malah jangan hairan kalau terjumpa orang Islam yang berkunjung ke majlis perkahwinan penganut kristian yang diadakan di gereja," katanya dalam catatan terbaharu di Facebook

Salleh yang juga ADUN Usukan berkata, amalan kesederhanan itu bukan menjadi isu di Sabah yang mempunyai lebih 30 suku kaum berbeza agama.

"Semangat kekitaan dan budaya saling menghormati ini merupakan antara kunci kejayaan Sabah dalam mengekalkan perpaduan kaum dan kesederhanaan hidup.

"Tidak harianlah rakyat negeri ini dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni," katanya.

Sehubungan itu, Salleh mengajak rakyat Sabah untuk mempertahankan budaya dan amalan kesederhanan, sekali gus tidak mudah dipengaruhi dan diganggu gugat elemen yang ekstrem.

Advertisement