Anda di sini

Banjir: Dua PPS dibuka di Kuching libatkan 160 mangsa

Advertisement
Pasukan keselamatan membantu membawa mangsa banjir untuk dipindahkan ke PPS berdekatan yang disediakan.
Pasukan keselamatan membantu membawa mangsa banjir untuk dipindahkan ke PPS berdekatan yang disediakan.

KUCHING: Sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di sini, hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memberitahu, dua PPS itu ialah Dewan Sinar Budi Baru dan Dewan Stapok Batu Kawa.

Menurutnya, kedua-dua PPS itu dibuka sekitar jam 4 petang untuk menempatkan 160 mangsa melibatkan 41 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir berikutan hujan lebat yang berlaku awal pagi tadi.

"Daripada jumlah itu, PPS Dewan Sinar Budi Baru menempatkan sejumlah 112 mangsa melibatkan 25 KIR dari Kampung Sinar Budi Baru.

"Manakala PPS Dewan Stapok Batu Kawa pula menempatkan 48 mangsa melibatkan 16 KIR dari Desa Wira Lorong 5I," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, satu daripada dua PPS yang menempatkan mangsa kebakaran telah ditutup, hari ini.

Katanya, PPS tersebut ialah Dewan Komuniti Kampung Tambak, Pusa yang sebelum ini menempatkan seramai 10 mangsa kebakaran melibatkan empat KIR dari Kampung Hulu Tambak, Pusa.

PPS itu jelasnya, dibuka sejak 4 Mac lalu sekitar jam 5.30 petang.

Dalam perkembangan lain, PPS Dewan Masyarakat Lereng Bukit masih dibuka dan menempatkan 43 mangsa kebakaran membabitkan tujuh KIR dari Kampung Wireless, Miri.

"PPS Dewan Masyarakat Lereng Bukit telah dibuka sejak 10 Mac lalu, jam 11 pagi," jelasnya.
 

  • oleh
  • Advertisement