Anda di sini

Warga asing dipenjara 24 bulan guna kad pengenalan palsu

Advertisement
 Tertuduh dipenjara 24 bulan selepas menggunakan kad pengenalan palsu.
PALSU: Tertuduh dipenjara 24 bulan selepas menggunakan kad pengenalan palsu.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan selepas mengaku bersalah memiliki MyKad palsu di di Mahkamah Majistret di sini.

Tertuduh, Mohamad Adzlan Said, 42, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.

Mengikut pertuduhan tertuduh ditahan ketika Operasi Terancang Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah di sekitar kawasan Sinsuran Kota Kinabalu pada jam 9.30 pagi kelmarin selepas dipercayai memiliki MyKad palsu tertera nama Mohamad Adzlan Said. 

Hasil semakan kedua-dua jari tertuduh bagaimanapun didapati tiada di dalam rekod JPN.

Semakan lanjut Bahagian Kad Pengenalan JPN Sabah mendapati nombor MyKad itu tidak wujud di dalam sistem JPN.

Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran 1990.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan dari tarikh tertuduh ditahan dan dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia selepas menjalani hukuman penjara.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Mohd Naser Mohd Nadzeri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

  • oleh
  • Advertisement