Anda di sini

Robert hulur sumbangan bagi jayakan Program Ziarah Mahabbah Di Ambang Ramadhan Peringkat Pedalaman Atas

Advertisement
 Mohd Zaki (kanan) mewakili Robert menyerahkan sumbangan kepada Mohd Dzul Khairi (kiri).
SAMPAIKAN: Mohd Zaki (kanan) mewakili Robert menyerahkan sumbangan kepada Mohd Dzul Khairi (kiri).



KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik menghulurkan dana kewangan kepada Pusat Zakat dan Fitrah Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) baru-baru ini.


Sumbangan dana tersebut sebagai sokongan bagi menjayakan Program Ziarah Mahabbah Di Ambang Ramadhan Peringkat Pedalaman Atas 1444H/2023M.


Penyelia Masyarakat Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor, Mohd Zaki Zakaria mewakili Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor menyampaikan sumbangan itu kepada Mohd Dzul Khairi mewakili pengelola program berkenaan.


Robert berharap dengan adanya sumbangan itu dapat membantu kelancaran perjalanan program yang dirancangkan.

 
Mohd Dzul Khairi ketika ditemui selepas menerima sumbangan itu mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Robert atas bantuan dan sokongan yang diberikan.


Katanya, dengan adanya sumbangan tersebut sudah tentu program yang dirancang itu dapat berjalan dengan lancar.

  • oleh
  • Advertisement