Anda di sini

Rancangan pembangunan keselamatan perkukuh kawasan persempadanan Sabah

Advertisement
 Idris memeriksa barisan kawalan kehormat semasa Majlis Perasmian Balai Polis Inanam di sini.
PERIKSA: Idris memeriksa barisan kawalan kehormat semasa Majlis Perasmian Balai Polis Inanam di sini.

KOTA KINABALU: Kerajaan diminta mempertimbangkan kerangka pembangunan keselamatan yang ditumpukan di kawasan persempadanan Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata kerangka berkenaan perkara itu sudah dilaksanakan dan dibincangkan bersama Bahagian Keselamatan Sabah.

“Perbincangan itu menyentuh tentang langkah-langkah dan kaedah bagi membangunkan persempadanan di kawasan laut dan pulau agar lebih kukuh.

“Kita juga membincangkan untuk melaksanakan satu tindakan berkesan agar tidak ada anasir luar yang akan memasuki kawasan sempadan negara,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Balai Polis Inanam di sini.

Beliau berkata rancangan itu antara lain yang diperlukan dalam pelaksanaan pembangunan keselamatan di negeri Sabah selepas penyaluran bajet sebanyak RM500 juta bagi meningkatkan keselamatan di negeri ini. 

“Pembangunan persempadanan yang lebih kuat membabitkan laut dan pulau perlu dibuat dan kita sedang mengenal pasti bagaimana dan apa yang perlu dilaksanakan bagi mencapai rancangan terbabit.

“Perbincangan ini dilakukan bagi mencapai pelaksanaan projek yang mampu mengukuhkan persempadanan darat dari Sipitang ke Sebatik,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement