Anda di sini

Mohon geran peruntukan sebelum tarikh tutup

Advertisement
ROLAND
ROLAND

KOTA KINABALU: Sekolah Cina, Mubaligh, Persendirian termasuk tadika digalakkan untuk memohon geran peruntukan daripada kerajaan negeri sebelum tarikh tutup.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Dr Roland Chia berkata, permohonan untuk geran berkenaan juga boleh dipohon oleh kumpulan agama bukan Islam termasuk tokong dan gereja.

Katanya, permohonan perlu dilakukan secepat mungkin dan borang berkenaan perlu diserahkan sebelum tarikh tutup pada 31 Mac 2023. 

"Iklan permohonan geran telah diuar-uarkan di laman web Kementerian Kewangan Sabah sejak Januari 2023.

"Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dalam Belanjawan Sabah 2023 telah mengumumkan satu lagi peruntukan tertinggi bersejarah sebanyak RM54.07 juta untuk tahun ini.

"Ia penambahan RM7.05 juta daripada 2022, kerajaan negeri dibawah pimpinan Hajiji amat prihatin terhadap kebajikan dan pembangunan institusi pendidikan serta agama di negeri ini," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Oleh itu katanya, geran tahunan itu telah diperuntukkan tanpa gagal dengan objektif untuk meningkatkan pembangunan modal insan di Sabah serta menjamin kesejahteraan rakyat.

Katanya, dengan peruntukan berkenaan kerajaan negeri berharap dapat meringankan sedikit beban kewangan sekolah dan golongan agama dalam bidang penyelenggaraan serta bangunan infrastruktur.

"Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web Kementerian Kewangan Sabah (www.mof.sabah.gov.my) atau boleh didapati di pejabat Kementerian Kewangan (Blok C, Tingkat 5), Bangunan Pentadbiran Kerajaan (Menara Kinabalu/PPNS) dan hendaklah dihantar pada atau sebelum 31 Mac 2023.

"Sekali lagi, saya menggesa pihak institusi dan persatuan yang berkelayakan untuk tampil memohon geran itu sebagai sebahagian daripada objektif kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan masyarakat dalam mencapai Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ)," katanya.

  • oleh
  • Advertisement