Anda di sini

Lima syarikat adakan kunjungan terhadap Pengarah BSN Sabah

Advertisement
 Sahran (tujuh kiri) menyerahkan replika cek kepada Khairul Hazwani (enam kanan) sambil disaksikan oleh rombongan.
SIMBOLIK: Sahran (tujuh kiri) menyerahkan replika cek kepada Khairul Hazwani (enam kanan) sambil disaksikan oleh rombongan.



KOTA KINABALU: Beberapa syarikat telah mengadakan kunjungan terhadap Pengarah Bank Simpanan Nasional (BSN) Negeri Sabah, Khairul Hazwani Nordin di Wisma BSN Sabah, pada Khamis.


Sebanyak lima syarikat iaitu Koperasi Usahawan Pembangunan; DUQ Travel & Tour; Bakut View Enterprise; Afti Gemilang Sdn Bhd dan Koperasi Berkat Profit Sandakan Berhad mengadakan kunjungan terhadap Pengarah BSN Sabah.


Koperasi Usahawan Pembangunan diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Dr Arsit Sedi, Datin Seri Zairenah; Mohd Isquzawan Israq Arsit dan Mohd Ramlan Mohd Soon manakala DUQ Travel & Tour diketuai Datuk Sahran Untai dan Datin Nir Asyqin Andullah.


Jailuddin Mat Soon dari Bakut View Enterprise manakala Irwan Idrus dan Siti Adnawati Adnan dari Afti Gemilang Sdn Bhd serta Mirdzuan Arsit dan Chong Sui Seng dari Koperasi Berkat Profit Sandakan Berhad.

 Khairul Hazwani (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Sahran (kiri) sempena kunjungan yang diadakan.
SAMPAIKAN: Khairul Hazwani (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Sahran (kiri) sempena kunjungan yang diadakan.


Kunjungan yang diadakan itu antara lain adalah sebagai usaha untuk mengukuhkan ukhuwah selain membincangkan beberapa perkara mengenai aktiviti perniagaan yang boleh dijalankan bersama BSN.


Sempena dengan kunjungan itu, DUQ Travel & Tour menyerahkan replika cek kepada BSN yang diserahkan oleh Pengerusinya, Sahran kepada Khairul Hazwani bagi membuka akaun di bank tersebut berjumlah RM150,000.


Simbolik penyerahan cek daripada DUQ Travel & Tour itu turut disaksikan oleh rombongan yang hadir.
 

  • oleh
  • Advertisement