Anda di sini

‘Klasiknya Raya’ Mydin tawar pengguna e-dompet pulangan tunai lumayan sehingga RM300,000

Advertisement
Pembeli kini boleh menikmati ganjaran pulangan tunai apabila mereka membuat transaksi e-dompet di cawangan Mydin sepanjang tempoh kempen Klasiknya Raya.
Pembeli kini boleh menikmati ganjaran pulangan tunai apabila mereka membuat transaksi e-dompet di cawangan Mydin sepanjang tempoh kempen Klasiknya Raya.

SELANGOR: Rangkaian pemborong dan peruncit terbesar tempatan, Mydin terus menghargai pelanggannya dengan menjanjikan pulangan tunai sehingga RM300,000 kepada pengguna e-dompet melalui aplikasi terlibat di semua cawangannya. 

Pengguna hanya perlu berbelanja menggunakan aplikasi rakan strategik e-dompet iaitu Atome, Boost, E-dompet MBSB Bank, MCash, dan E-dompet Touch’nGO.

Dalam usaha mempromosikan penggunaan medium pembayaran tanpa tunai dan sebagai sokongan kepada usaha kerajaan, Mydin melalui kempen ganjaran pulangan tunai, ‘Klasiknya Raya’ yang berlangsung sehingga 7 Mei 2023 bertujuan menggalakkan orang ramai mengaplikasikan penggunaan teknologi bayaran secara digital yang lebih mudah dan selamat.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin berkata: “Mengikut rekod transaksi penggunaan e-dompet, Mydin mencatatkan peningkatan hampir 40 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding suku terakhir tahun lepas iaitu hampir 30,000 transaksi. Ini menunjukkan kesedaran orang ramai tentang kelebihan memanfaatkan penggunaan aplikasi tersebut.”

Pelanggan kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah terutamanya ketika menyediakan persiapan menyambut musim perayaan dengan lebih efisien apabila dapat menjimatkan masa di kaunter bayaran sebaliknya pelanggan boleh terus membayar dengan lebih cepat melalui aplikasi e-dompet tersebut. Tambahan pula, transaksi tanpa tunai memudahkan pelanggan untuk menyemak rekod pembelian.

“Kami berharap kempen ini dapat menjadi momentum untuk meningkatkan penggunaan pembayaran secara elektronik di samping pelanggan turut menikmati ganjaran hebat dan kelebihan yang ditawarkan ketika membeli-belah,” tambah Ameer.

Kempen Klasiknya Raya terdahulu dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub di Mydin Subang Jaya, Selangor pada 15 Mac lepas.

Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, kunjungi media sosial atau laman sesawang rasmi Mydin Malaysia di www.mydin.my.
 

Advertisement