Anda di sini

Kakitangan awam didenda RM5,000 terima rasuah

Advertisement
Utusan Borneo
Utusan Borneo

KOTA KINABALU: Seorang kakitangan kerajaan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini, selepas mengaku bersalah menerima rasuah sebanyak RM1,500.

Tertuduh, Jazul bin Abdullah, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Jason Juga.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja di sebuah agensi keselamatan menerima wang tunai berjumlah RM1,500 daripada seorang  pemilik kapal di hadapan sebuah premis di Alamesra pada jam 7.30 malam 17 Mac 2021.

Tertuduh mengetahui suapan itu ada kaitan dengan kerja rasminya iaitu pemeriksaan terhadap kapal tersebut.

Untuk itu, tertuduh melakukan suatu kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Sekiranya gagal membayar denda yang ditetapkan mahkamah, tertuduh akan dipenjara selama enam bulan.

  • oleh
  • Advertisement