Anda di sini

Inspektor polis guna dadah diarah bela diri 

Advertisement
 

SEREMBAN: Seorang pegawai polis Cawangan Khas berpangkat Inspektor diarah membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan pelbagai jenis dadah.

Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Roslan Sam, 43 tahun.

Roslan didakwa mengguna dan memberikan kepada dirinya sendiri dadah berbahaya jenis ketamin, amphetamine, methamphetamine, methylenedioxy-amphetamine (MDA) dan 3,4-methylenedioxymethamphetamine (MDMA).

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban pada 3 pagi, 27 Sept 2020.

Pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 dan 24 Mei ini untuk mendengar pembelaan diri Roslan yang akan mengemukakan dua saksi selain dirinya.

 Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Wan Emyre Bastrisyia Ismail. - BERNAMA
 

Advertisement