Anda di sini

Christina terima baik pengumuman tiga syarikat penerbangan utama China

Advertisement
 Christina (empat kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
ALBUM: Christina (empat kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew menerima baik pengumuman rasmi mengenai jadual penerbangan terus ke Kota Kinabalu dari Shenzhen, Xiamen dan Shanghai tahun ini melalui syarikat penerbangan utama China.

Sebelum ini perkhidmatan penerbangan itu telah dihentikan disebabkan Pademik COVID-19 sejak 2020 sehingga 2022.

Christina berkata, pengumuman berkenaan dilakukan oleh pegawai tinggi syarikat penerbangan China yang berpejabat di Kuala Lumpur yang masing-masing daripada China Southern Airlines, Xiamen Airlines dan China Eastern Airlines.

Pengumuman dilakukan pada majlis makan malam yang diadakan di sini pada Khamis.

"Pengurus Besar China Southern Airlines Eric Wang Xu mengesahkan kepada saya bahawa syarikat penerbangan itu akan beroperasi semula dari Shenzhen ke Kota Kinabalu bermula 29 April. 

"Terdapat tiga penerbangan setiap minggu iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Jumaat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, menurut Pengurus Besar Xiamen Airlines Gao Ya Shuang, syarikat berkenaan  turut mengumumkan penerbangan terus mereka dari Xiamen ke Kota Kinabalu pada sekitar Mei.

Selain itu katanya, Pengurus Besar China Eastern Airlines Li Bin juga menjelaskan bahawa pihaknya akan menyambung semula penerbangan dari Shanghai ke Kota Kinabalu pada Jun atau Julai depan.

"Ini merupakan masa yang tepat dilakukan oleh tiga syarikat penerbangan China ini, ia juga petanda baik bagi usaha kerajaan negeri bagi memulihkan industri pelancongan di Sabah," katanya.

Sementara itu, Christina mengingatkan pihak Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) agar menambah baik kualiti tandas awam dan memastikan kebersihan kemudahan itu pada setiap masa.

"Sila ambil langkah sewajarnya untuk memastikan bekalan air sentiasa mencukupi bagi mengelakkan sebarang bau busuk dari tandas," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement