Anda di sini

ADUN Bingkor sampaikan sumbangan kepada Masjid Ukhuwah Apin-Apin

Advertisement
 Mohd Zaki mewakili Robert menyerahkan sumbangan kepada Azri sempena majlis itu.
SAMPAIKAN: Mohd Zaki mewakili Robert menyerahkan sumbangan kepada Azri sempena majlis itu.



KENINGAU: Pengurusan Masjid Ukhuwah Apin-Apin menerima sumbangan dana daripada Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik baru-baru ini.


Sumbangan tersebut diterima oleh Bendahari Masjid, Azri Suhaileh yang disampaikan oleh Penyelia Kemajuan Masyarakat Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor Mohd Zaki Zakaria.


Sumbangan tersebut adalah bagi membiayai program Pengurusan Jenazah bagi ahli-ahli Jemaah Masjid tersebut.

 
Azri mewakili jawatankuasa pengurusan Masjid menyampaikan ucapan terima kasih kepada Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor atas sumbangan yang diberikan.


“Sudah pasti dengan adanya sumbangan tersebut ianya dapat melancarkan perjalanan program tersebut," kata Azri.

  • oleh
  • Advertisement