Anda di sini

18 ahli Majlis Daerah Putatan terima watikah pelantikan

Advertisement
 Azmi menerima watikah pelantikan daripada Shahelmey sempena upacara yang diadakan.
TERIMA: Azmi menerima watikah pelantikan daripada Shahelmey sempena upacara yang diadakan.



KOTA KINABALU: Seramai 18 ahli Majlis Daerah Putatan menerima watikah pelantikan bagi sesi 2023-2025 yang diadakan di salah sebuah hotel di Tanjung Aru, pada Khamis.


Majlis angkat sumpah itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya merangkap Menteri Kerja Raya dan juga Ahli Parlimen Putatan.


Shahelmey dalam ucapan menyeru kepada semua ahli Majlis Daerah Putatan yang dilantik bagi sesi 2023-2025 supaya melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh integriti dan telus demi kemajuan daerah Putatan.


Katanya dua aspek itu penting (integriti dan telus) terutama sekali dalam memberi khidmat sebagai ahli majlis daerah, termasuk juga sebagai penjawat awam.


Justeru, Shahelmey berharap ahli-ahli Majlis Daerah yang dilantik dapat memainkan peranan yang proaktif bukan sahaja dalam soal memberi khidmat tetapi juga membantu dalam menangani isu serta masalah setempat supaya dapat meningkatkan lagi kualiti kehidupan masyarakat.


Turut hadir pada upacara angkat sumpah ahli Majlis Daerah Putatan sesi 2023-2025 ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih yang mewakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

 Shahelmey bersama Isnin merakamkan gambar kenangan  bersama sebahagian ahli Majlis Daerah Putatan yang menerima watikah pelantikan di majlis itu.
ALBUM: Shahelmey bersama Isnin merakamkan gambar kenangan  bersama sebahagian ahli Majlis Daerah Putatan yang menerima watikah pelantikan di majlis itu.


Azmi Ahmad yang mengetuai upacara angkat sumpah ketika ditemui selepas majlis itu berharap lantikan beliau bersama ahli majlis daerah yang lain akan mampu membawa perubahan yang lebih baik untuk daerah Putatan itu sendiri.


Tambah beliau selain kegiatan ekonomi setempat, Putatan juga perlu menjadi  salah satu daripada pemain dalam industri pelancongan kerana terdapat beberapa produk pelancongan yang berpotensi untuk dikembangkan.


Dengan kedudukan Putatan yang strategik iaitu berhampiran dengan ibu kota dan lapangan terbang, sudah tentu ianya dapat memberikan pengalaman yang mengujakan kepada pelancong terutama dari luar negara.
 

  • oleh
  • Advertisement