Anda di sini

PPM gagalkan cubaan seleweng pelbagai barang kawalan

Advertisement
 Sebahagian barangan kawalan yang dirampas di dalam bot laju terbabit.
RAMPAS: Sebahagian barangan kawalan yang dirampas di dalam bot laju terbabit.

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar pelbagai barang kawalan menggunakan bot laju di kawasan Sungai Kampung Mangkalinau Sandakan kelmarin.

Menurut sumber kejadian dikesan apabila pasukan PPM Sandakan melihat sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan semasa  menjalankan Ops Gelora menggunakan bot ronda pada jam 3.30 pagi.

Katanya bot laju berkenaan bertindak memecut ke arah tepi perumahan setinggan ketika dihampiri.

“Tindakan pantas anggota PPM kemudiannya berjaya menahan bot berkenaan dan hasil pemeriksaan menemukan pelbagai jenis barang kawalan seperti minyak petrol, minyak masak, gula dan tepung yang dipercayai cuba diselewengkan. 

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dan enjin berjumlah RM22,000,” katanya.

Katanya bot dan barang rampasan kemudian ditunda ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya. 

Dalam pada itu Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan rampasan berkenaan.

Beliau berkata kesemua barang rampasan akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement