Anda di sini

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK sambut baik slogan ‘Feel Sabah, North Borneo’

Advertisement
 Christina (dua kiri) menyampaikan bahan promosi pelancongan Sabah kepada Zakri.
PROMOSI: Christina (dua kiri) menyampaikan bahan promosi pelancongan Sabah kepada Zakri.

KOTA KINABALU: Penjenamaan semula slogan pelancongan Sabah kepada ‘Feel Sabah, North Borneo’ disambut baik oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom (UK), Tuan Yang Terutama Datuk Zakri Jaafar.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew melancarkan penjanamaan semula itu dalam acara pameran pemerdagangan pelancongan terbesar di Messe Berlin, Jerman, baru-baru ini.

Menurut Zakri, slogan itu mungkin dapat membangkitkan perasaan nostalgia rakyat UK ke Sabah kerana mereka kini hanya mengenali nama Borneo Utara.

“Kerajaan Sabah juga perlu berusaha untuk menjelaskan fakta sebenar bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia.

“Dengan adanya penjelasan itu, tiada lagi persoalan mengenai lokasi dan keberadaan Sabah oleh rakyat UK,” katanya dalam majlis makan malam yang dianjurkan oleh Chirstina, di London, pada Sabtu lalu.

Beliau berkata, Suruhanjaya Tinggi Malaysia, London akan sentiasa memberikan kerjasama untuk mempromosikan pakej pelancongan negara khususnya Sabah dan Sarawak.

“Saya yakin kedua-dua negeri ini dapat menawarkan pakej pelancongan yang sangat diminati oleh rakyat UK.

“Eko-Pelancongan adalah sektor baharu yang sangat dinantikan oleh pelancong dari seluruh dunia dan ia boleh didapati di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai dan Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Mohd Yusrie Abdullah.

Sementara itu, Christina turut menerima buku edisi ketiga ‘Field Guide To The Birds of Borneo’ (Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan) daripada pakar ekologi Quentin Phillipps.

Dalam pada itu, Christina menzahirkan rasa gembira kerana Phillipps akan datang ke Sabah untuk melihat Taman Bukit Tawau, Kalabakan dan Rizab Hidupan Liar Tabin.

  • oleh
  • Advertisement