Anda di sini

Penduduk Kg Binaong lega jalan masuk dinaik taraf ke konkrit

Advertisement
 Penduduk kampung dan peserta gotong royong komited menyiapkan jalan konkrit.
MUAFAKAT: Penduduk kampung dan peserta gotong royong komited menyiapkan jalan konkrit.



KENINGAU: Penduduk Kampung Binaong dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor khususnya di kawasan Sri Tanjong Binaong merasa lega apabila jalan masuk ke laluan laluan tersebut kini telah dinaik taraf  ke jalan konkrit.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) Kg Binaong, Ambrose Salangkan (gambar) memberitahu, pembinaan jalan konkrit itu adalah usaha serta komitmen dan keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik.

Ambrose Salangkan
Ambrose Salangkan


Jelas Ambrose, sebelum ini laluan tersebut adalah laluan tanah kuning yang becak ketika musim hujan dan berdebu pada musim kemarau dan menyulitkan PARA penduduk kampung dalam urusan harian mereka.


Penduduk kampung bersama AJK JPKK, Ketua Adat (Ketua Kampung) dan petugas di Pejabat ADUN Bingkor bersepakat melakukan kerja-kerja tersebut secara gotong royong dimana peralatan bekalan alat binaan termasuk simen konkrit siap bancuh disediakan dan diikhtiarkan oleh Robert sendiri.


Ambrose dan penduduk kampung mengucapkan terima kasih kepada Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya atas keprihatinannya menangani permasalahan penduduk kampung demi kesejahteraan penduduk setempat.


Beliau (Ambrose) juga merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor, Sonjas Junaidi Uddie yang begitu komited dan gigih  menyelaras semasa gotong royong tersebut.
 

  • oleh
  • Advertisement