Anda di sini

Pegawai polis rebah ketika bermain bola sepak sebelum disahkan meninggal dunia

Advertisement
 

SIBU: Seorang lelaki rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia ketika bermain pada perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antara Cawangan PDRM IPD Sibu di Dewan Bola Sepak Tan Sri Azman Hashim di Sibu Jaya pagi tadi.

Deputi Superintenden (DSP) Gregory Emilio, 52, dilaporkan terduduk lalu rebah sebelum pengsan di padang bola sepak berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Sibu Jaya pada jam 10.13 pagi, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 10.56 pagi.

"Pegawai perubatan memaklumkan bahawa mangsa gagal memberi sebarang reaksi ketika bantuan kecemasan diberikan," katanya.

Zulkipli berkata, tiada unsur jenayah membabitkan kematian mangsa.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bagi pihak warga IPD Sibu.

Mendiang merupakan Ketua Cawangan Khas IPD Sibu sejak melapor diri pada 6 September 2021 dan telah berkhidmat sebagai anggota polis selama 28 tahun sejak 1995.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan empat cahaya mata berusia antara 27 hingga 15 tahun.
 

  • oleh
  • Advertisement