Anda di sini

Medvedev ketepikan kecederaan untuk melangkah ke suku akhir Indian Wells

Advertisement
Medvedev (terbaring) selepas terjatuh ketika perlawanan menentang Zverev pada perlawanan tenis pusingan keempat di Siri Master Indian Wells di California. — Gambar AFP
Medvedev (terbaring) selepas terjatuh ketika perlawanan menentang Zverev pada perlawanan tenis pusingan keempat di Siri Master Indian Wells di California. — Gambar AFP

INDIAN WELLS: Daniil Medvedev menangani kecederaan pergelangan kaki pada pertengahan perlawanan sebelum menewaskan Alexander Zverev 6-7(5/7), 7-6(7/5) dan 7-5 untuk melangkah ke peringkat  suku akhir  kejohanan Siri Master Indian Wells buat kali pertama dan memperbaharui rentak kemenangan dalam Jelajah ATP kepada 17 perlawanan berturut-turut pada Selasa.

Medvedev, pemain ranking keenam dunia, tiba di Indian Wells dengan memenangi tiga kejohanan ATP secara berturut-turut – di Rotterdam, Doha dan Dubai.

Tetapi harapannya untuk mengekalkan rentak cemerlang kelihatan dalam bahaya apabila terseliuh sedikit pergelangan kaki kanan apabila  terjatuh pada set kedua.

Medvedev kelihatan masih kecewa dengan permukaan gelanggang di Indian Wells yang perlahan ketika dia berusaha keras untuk memenangi set kedua.

Rungutan ketika bertukar set kelihatan memberi motivasi kepada Medvedev dan dia kelihatan beraksi lebih bagus pada set berikutnya.

“Apabila saya terjatuh, saya bergolek agak teruk,” kata Medvedev. “Ketika saya cuba bangun dan berasa ‘semuanya OK’, saya merasai satu kesakitan di pergelangan kaki dan ia biasanya bukan petanda yang baik, jadi saya fikir saya harus menarik diri.”

Apabila permainan diteruskan, Zverev membawa permainan ke satu lagi tiebreak namun Medvedev mendahului 4-1 dan tanpa diduga membawa ke permainan set penentuan.

Medvedev, yang kelihatan tidak terganggu dengan kecederaan sebelum ini, mengekalkan rentak walaupun dicabar sengit oleh Zverev yang berjaya mengikat kedudukan 5-5.

Namun selepas itu, Medvedev memenangi dua mata berikutnya untuk mengesahkan tempat ke suku akhir.

“Apa yang sebenarnya mengejutkan ialah saya lebih selesa berlari,” kata Medvedev. 

“Jadi kerana itu kenapa apabila saya berjalan, saya kelihatan terhincut-hincut tetapi saya sebenarnya boleh bergerak dengan baik, mungkin 95 peratus.

“Sememangnya satu perlawanan yang gila. Saya terpaksa menyesuaikan badan saya yang mengalami kekejangan pada akhir permainan.” — AFP


 

Advertisement