Anda di sini

Annuar komited bantu anak-anak luar bandar yang mendapat peluang melanjutkan pengajian

Advertisement
 Adzra mewakili Annuar menyampaikan sumbangan kepada Leonna yang diterima oleh Lorinah.
TERIMA: Adzra mewakili Annuar menyampaikan sumbangan kepada Leonna yang diterima oleh Lorinah.



KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman sentiasa komited membangunkan modal insan di kawasan itu terutama di luar bandar, dengan menyampaikan sumbangan dana pendidikan kepada mereka yang mendapat peluang melanjutkan pengajian.


Terbaru, salah seorang penduduk dari Kampung Ulu Liawan, Leonna Priscca John mendapat sumbangan Annuar untuk tujuan pendidikan bagi membantu Leonna dalam persediaan awal pendaftaran dan pada masa sama membantu meringankan beban ibubapa.


Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan, Adzra Jasni @Addy kepada Leonna yang diterima oleh kakaknya, Lorinah John di pejabat UPPM Liawan.


Leonna mendapat peluang melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Selangor dalam jurusan Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional.


Annuar dan petugas di Pejabat UPPM Liawan turut menitipkan doa agar urusan Leonna dipermudahkan dan berharap beliau dapat keputusan yang cemerlang agar cita-citanya tercapai.

  • oleh
  • Advertisement