Anda di sini

Aktiviti anjuran RESPA utamakan aspek kebajikan, sosial, keselamatan

Advertisement
 Respa merakamkan kenangan bersama Kalsom dan Wan Badrul selepas mesyuarat terbabit.
KENANGAN: Respa merakamkan kenangan bersama Kalsom dan Wan Badrul selepas mesyuarat terbabit.

KOTA KINABALU: Mantan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah Datuk Zabidi Md Zain memuji kepimpinan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) Sabah yang berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti.

Beliau melihat acara yang dianjurkan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta badan berkaitan lain itu adalah untuk kepentingan ahli RESPA sendiri selain demi kepentingan masyarakat setempat.

Katanya, ia termasuklah dari aspek kebajikan, sosial serta keselamatan memandangkan RESPA juga adalah persatuan yang bertanggungjawab sebagai mata dan telinga kerajaan khasnya kepada PDRM.

Zabidi berkata demikian semasa merasmikan Menyuarat Agung Ketujuh RESPA di Mes Pegawai Polis IPK di sini.

“Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk merasmikan Menyuarat Agung Ketujuh RESPA tahun ini dan ini adalah satu penghormatan dari RESPA Sabah sempena persaraan saya,” katanya yang bersara wajib pada 12 Mac lalu selepas berkhidmat dalam PDRM selama lebih 37 tahun.

Sementara itu, Pengerusi RESPA Sabah Datuk Sulaiman Junaidi turut mengucapkan selamat bersara dah tahniah atas perkhidmatan cemerlang Zabidi dalam PDRM.

“Sejak RESPA mengembangkan sayapnya ke Sabah selama lebih dari tujuh tahun lalu, pihak IPK Sabah khasnya Pesuruhjaya Polis Sabah sendiri serta pegawai dan anggota PDRM Sabah sentiasa memberikan sokongan serta bantuan yang diperlukan oleh RESPA untuk menjayakan sebarang aktiviti.

“Zabidi adalah antara pegawai yang sering terlibat untuk berhubung dan memberi bantuan serta sokongan terhadap aktiviti yang dirancang dan dianjurkan pihak RESPA.

“Saya harapkan semoga beliau terus diberi kesihatan dan berharap beliau akan dapat menyertai RESPA seterusnya dapat menerajui RESPA pada masa akan datang,” katanya.

Pada mesyuarat itu, Ahli RESPA juga sebulat suara memilih Sulaiman serta Ahli Jawatankuasa (AJK) tahun lalu untuk terus menerajui RESPA Sabah.

Sulaiman turut menyampaikan cenderakenangan serta borang untuk menyertai RESPA kepada Zabidi.

Turut hadir, Pemangku Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sabah Asisten Komisioner Wan Badrul Hisham Osman selaku dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Kalsom Idris.

angku Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sabah Asisten Komisioner Wan Badrul Hisham Osman selaku dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Kalsom Idris.

  • oleh
  • Advertisement