Anda di sini

Robert sampaikan sumbangan kepada penganjur Program Zandi Tavanus

Advertisement
 Garrett (kanan) mewakili Robert menyerahkan sumbangan kepada Syaharie di Pejabat UPPM Bingkor.
SERAH: Garrett (kanan) mewakili Robert menyerahkan sumbangan kepada Syaharie di Pejabat UPPM Bingkor.


KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik menghulurkan sumbangan dana kepada penganjuran Program Zandi Tavanus Daerah Keningau.


Kakitangan Bahagian Operasi Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor, Garrett  Patrick yang mewakili Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor menyerahkan sumbangan itu kepada Syaharie Amin.


Sumbangan berkenaan adalah untuk membiayai program Zandi Tavanus Peringkat Daerah Keningau yang akan diadakan dalam masa terdekat  ini.


Syaharie yang merupakan pengerusi program ketika ditemui mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Robert atas sumbangan serta sokongan terhadap program berkenaan.


“Jawatankuasa penganjur program ini sudah tentu merasa lega dengan adanya keringanan hati Robert menghulurkan sumbangan tersebut bagi memastikan kejayaan program itu,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement