Anda di sini

Mayat remaja perempuan ditemukan di semak

Advertisement
ABDUL FUAD
ABDUL FUAD

SANDAKAN: Remaja perempuan ditemukan meninggal dunia dipercayai dibunuh di kawasan setinggan Kampung Forest, Sandakan, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mayat mangsa berumur 15 tahun ditemukan orang awam, sebelum laporan polis dibuat.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, sejurus menerima maklumat tersebut, sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Kami mendapati mayat remaja perempuan itu berada di dalam kawasan semak dan berlumpur seperti laporan yang diterima.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dan mayatnya dibawa ke Bilik Mayat Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, susulan itu, seorang lelaki warga asing berumur 22 tahun ditahan berhampiran lokasi kejadian pada 12.30 tengah hari bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Abdul Fuad berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.

  • oleh
  • Advertisement