Anda di sini

Tiga maut, dua kenderaan bertembung di Penampang

Advertisement
 Dua kenderaan yang bertembung hingga mengakibatkan tiga mangsa meninggal dunia. Gambar sumber media sosial
MAUT: Dua kenderaan yang bertembung hingga mengakibatkan tiga mangsa meninggal dunia. Gambar sumber media sosial

PENAMPANG: Tiga lelaki maut manakala seorang kanak-kanak cedera ringan dalam kemalangan membabitkan pertembungan dua kenderaan di Jalan Papar Lama dekat Kampung Nambazan di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintenden Mohd Haris Ibrahim berkata, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 11 malam tadi.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berpunca daripada sebuah kereta yang dipandu melawan arus memasuki lorong bertentangan.

Menurutnya, kereta berkenaan kemudiannya bertembung dengan sebuah kereta yang lain dan menyebabkan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

"Tiga mangsa lelaki berumur dalam lingkungan 17 hingga 58 tahun disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan manakala, seorang kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata, kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth  (HQE) Kota Kinabalu untuk bedah siasat lanjut.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

  • oleh
  • Advertisement