Anda di sini

Pesakit terlantar di Kg Lingkudau dan Kg Bulu Silou terima sumbangan katil boleh laras

Advertisement
 Annuar (kanan) bersama JKM Keningau dan rombongan semasa penghantaran katil kepada pesakit di Kg Lingkudau dan Kg Bulu Silou.
SAMPAIKAN: Annuar (kanan) bersama JKM Keningau dan rombongan semasa penghantaran katil kepada pesakit di Kg Lingkudau dan Kg Bulu Silou.



KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman bersama Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Keningau meneruskan ‘tradisi’ sumbangan katil perubatan (katil boleh laras) kepada pesakit memerlukan yang terlantar di Kampung Lingkudau dan Kg Bulu Silou, baru-baru ini.


Inisiatif berkenaan dilaksanakan bersama Annuar dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Keningau yang diketuai oleh Penolong Pengarah Kebajikan Keningau, Awang Sharil.


Annuar berharap sumbangan peralatan itu dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pesakit dan keluarga mereka.


“Kita memahami kesukaran yang ditanggung oleh ahli keluarga apabila ada di kalangan anggota keluarga mereka sakit terlantar dan tidak boleh bergerak, dan dengan adanya katil ini ianya akan memudahkan mereka menguruskan keperluan pesakit, “ katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan katil perubatan kepada penduduk Kg Lingkudau, Bubid Badayan dan Flavian Petrus di Kg Bulu Silou.


Turut hadir petugas Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan yang diketuai oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Fred Toyong; Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Addy RM Jasni; Penyelia Kemajuan Masyarakat  Heldahwati Juhasin; Ketua Masyarakat Cina (KMC) Keningau, Kapitan Anthony Chong Kong Ming dan pemimpin masyarakat setempat.

  • oleh
  • Advertisement