Anda di sini

Letupan bom mengorbankan pengawal keselamatan, mencederakan wartawan di utara Afghan

Advertisement
Seorang lelaki cedera (tengah) dibantu oleh orang awam yang berada berhampiran lokasi letupan bom semasa acara memperingati media di bandar Mazar-i-Sharif, kelmarin. — Gambar AFP
Seorang lelaki cedera (tengah) dibantu oleh orang awam yang berada berhampiran lokasi letupan bom semasa acara memperingati media di bandar Mazar-i-Sharif, kelmarin. — Gambar AFP

 MAZAR-I-SHARIF: Satu letupan bom di bandar Mazar-i-Sharif, utara Afghan kelmarin membunuh seorang pengawal keselamatan dan mencederakan sekumpulan  wartawan, selain beberapa orang kanak-kanak, menurut polis dan seorang saksi.

Letupan itu berlaku dua hari selepas seorang pengebom nekad membunuh gabenor Taliban di utara wilayah Balkh dalam satu serangan diakui oleh kumpulan Islamic State.

Serangan terhadap Mohammad Dawood Muzammil di bandar utama Mazar-i-Sharif di wilayah Balkh pada Khamis menandakan pembunuhan salah seorang daripada pegawai  berpangkat paling tinggi sejak Taliban kembali berkuasa pada 2021.

Letupan kelmarin berlaku ketika satu acara penghormatan buat media Afghanistan di sebuah pusat kebudayaan di Mazar-i-Sharif. Polis menyatakan seorang pengawal keselamatan telah terkorban dan lima orang wartawan adalah antara yang tercedera.

“Saya mendengar satu bunyi letupan kuat… kemudian terdapat kekecohan ketika semua orang sedang cuba melarikan diri,” wartawan Afghan Atif Arian, yang tercedera dalam letupan, memberitahu AFP.

"Beberapa orang wartawan mengalami kecederaan serius.”

Jurucakap polis Balkh Mohammad Asif Waziri menyatakan tiga orang kanak-kanak turut tercedera.

Arian menyatakan letupan berlaku ketika sekumpulan kanak-kanak sedang menyanyikan lagu kebangsaan, beberapa minit selepas seorang pegawai Taliban  menyampaikan ucapan.

Wartawan Afghan sering kali menjadi sasaran sebelum Taliban merampas semua kuasa, dengan beberapa serangan diakui oleh Islamic State.

Muzammil, gabenor Balkh, telah dibunuh oleh seorang pengebom nekad IS beberapa minit selepas beliau tiba di pejabatnya di Mazar-i-Sharif. 

Keganasan di sekitar Afghanistan telah menurun sejak Taliban merampas kuasa namun keselamatan merosot semula, dengan Islamic State mengakui terlibat dalam beberapa serangan maut.

 Kumpulan pejuang jihad muncul sebagai cabaran keselamatan paling besar terhadap kerajaan Taliban sejak tahun lepas, melakukan serangan terhadap warga awam Afghan termasuk rakyat asing dan kepentingan asing.

Taliban dan IS berkongsi satu ideologi sederhana Islamis Sunnah, namun IS sedang berjuang untuk membentuk sebuah “kerajaan” global berbanding dengan  sasaran Taliban yang lebih menjurus kepada memerintah sebuah negara Afghanistan yang bebas. – AFP

Advertisement