Anda di sini

Colombia akan bebas wanita ‘pencari nafkah’ dari penjara

Advertisement
 


BOGOTA: Kira-kira 5,000 banduan wanita di Colombia yang sama ada miskin atau ketua keluarga ibu tunggal akan dibebaskan sebagai pertukaran bagi perkhidmatan komuniti, kata kerajaan kelmarin.

Tindakan itu, di bawah undang-undang baharu diluluskan oleh presiden haluan kiri Gustavo Petro pada Hari Wanita Antarabangsa, akan memberi manfaat kepada banduan yang disabitkan atas jenayah ringan dengan hukuman penjara tidak lebih lapan tahun, jelas menteri kehakiman Nestor Osuna.

Sebagai ganti masa penjara, mereka akan menjalani sisa hukuman mereka dengan melakukan perkhidmatan awam, Osuna memberitahu Blu Radio.

Pihak berkuasa menganggarkan kira-kira 5,000 daripada 17,000 banduan wanita akan layak dibebaskan di bawah skim ini. — AFP 


 

Advertisement