Anda di sini

Rumah dua tingkat musnah terbakar

Advertisement
 Pasukan bomba segera memadam kebakaran supaya tidak merebak ke kawasan lain.
MUSNAH: Pasukan bomba segera memadam kebakaran supaya tidak merebak ke kawasan lain.

TAWAU: Sebuah rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran di Taman Nordin, Jalan Kuhara, di sini, kira-kira jam 9.15 malam, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.18 malam.

Katanya, sepasukan 14 anggota dan pegawai bersama empat jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran.

“Operasi turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Titingan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Sebaik tiba, pasukan operasi mendapati sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal sudah musnah dalam kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi segera melakukan kerja-kerja pemadaman supaya api tidak merebak ke kawasan berhampiran.

“Operasi dapat dikawal pada jam 9.43 malam dan setakat ini tiada sebarang laporan mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.57 malam,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement