Anda di sini

Restoran Peppers Cafe Hotel Promenade Bintulu tawar 'Citarasa Bazar, Sajian Kampung' sepanjang Ramadan

Advertisement
Kaki kambing panggang, ikan pari dan udang bakar serta ayam percik untuk sajian semasa Ramadan di Peppers Cafe Hotel Promenade Bintulu.
Kaki kambing panggang, ikan pari dan udang bakar serta ayam percik untuk sajian semasa Ramadan di Peppers Cafe Hotel Promenade Bintulu.

BINTULU: Sepanjang bulan Ramadan akan datang, Hotel Promenade Bintulu menawarkan 'Citarasa Bazar, Sajian Kampung' di Restoran Peppers Cafe hotel itu bermula 25 Mac hingga 18 April ini.

Sajian Bufet Ramadan itu yang bermula dari jam 6 petang hingga 9 malam menawarkan harga RM108 untuk seorang dewasa dan separuh harga untuk kanak-kanak berumur antara enam dan 12 tahun serta baucar berharga RM98 untuk tempahan awal perlu direbut khusus untuk dewasa. Promosi untuk tempahan terawal ini tersedia sehingga 24 Mac 2023.

Justeru, nyalakan semangat Ramadan bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati sajian makanan kampung di Peppers Cafe Hotel Promenade Bintulu sepanjang Ramadan ini.

Nasi briyani kampung Kuala Tatau.
Nasi briyani kampung Kuala Tatau.

Enam gerai yang didirikan di ruang restoran itu menyediakan sajian 'signature' kampung, antaranya sate daging lembu dan ayam, kambing golek, gulai kambing dengan rebung, nasi briyani kampung Kuala Tatau, kuzi ayam dengan kacang gajus, ayam percik, daging masak hitam manis berkismis, kepah masak lemak cili padi, udang masak ayam pedas, rendang daging Minang, bubur lambuk dan lain-lain.

Sajian hidangan itu akan bertukar dan digilirkan untuk para tetamu yang ingin menikmati makanan 'Citarasa Bazar, Sajian Kampung' tersebut.

Selain itu, sajian daging berbeku turut ditawarkan untuk daging lembu, makanan laut bakar antaranya ayam panggang cajun, kaki kambing, ayam percik, ikan cencaru bakar, ikan pari bakar, ikan kembung bakar, sotong bakar dan udang bakar.

Kerabu paku, kerabu daging ala Thai dan kerabu ayam serta ulam-ulaman turut disajikan di Peppers Cafe.
Kerabu paku, kerabu daging ala Thai dan kerabu ayam serta ulam-ulaman turut disajikan di Peppers Cafe.

Bagi mereka yang ingin menikmati sajian ringan dan segar, sayur salad dihidangkan bersama beberapa makanan tradisional kerabu terdiri kerabu paku, kerabu mangga, kerabu udang, kerabu ikan masin, umai ikan, gado-gado dan pelbagai jenis ulam-ulaman.

Pencuci mulut yang turut disajikan termasuk makanan manis seperti ABC ais kacang, aiskrim, bermacam jenis kek dan puding, tarlet buah mini dan pilihan pelbagai jenis kuih Melayu dan banyak lagi.

Hotel Promenade Bintulu mengalu-alukan semua untuk merai dan menikmati sajian yang ditawarkan dengan menikmati makanan lebih selesa dengan persekitaran selamat yang tidak akan mengecewakan.

Tempahan awal amat disyorkan dan tempahan serta keterangan lanjut boleh hubungi Peppers Cafe Hotel Promenade Bintulu menerusi talian 086-858888 atau layari laman sesawang di www.promenade.com.my.
 

  • oleh
  • Advertisement