Anda di sini

Pemenang utama peraduan ‘Senang Menang Merdeka’ redONE bawa pulang motosikal baharu

Advertisement
Farid Yunus (dua kiri), bersama pemenang hadiah utama Senang Menang Merdeka di HQ redONE Network Sdn Bhd di Puchong.
Farid Yunus (dua kiri), bersama pemenang hadiah utama Senang Menang Merdeka di HQ redONE Network Sdn Bhd di Puchong.

Oleh Yovinka Devi

Kuala Lumpur: redONE Network Sdn Bhd (redONE), telah mengadakan majlis penyampaian hadiah utama bagi peraduan Senang Menang Merdeka 2022 kepada para pemenang baru-baru ini. 

Peraduan itu dianjurkan sempena sambutan Merdeka ke-65 Malaysia serta Ulang Tahun ke-10 redONE dengan hadiah bernilai sehingga RM65,000 untuk dimenangi pelanggannya. Untuk menyertai peraduan, pelanggan dikehendaki mendaftar talian baharu atau port-in kepada redONE Postpaid pada pelan minimum RM8 antara 1 dan 30 September 2022.

Pada majlis penyampaian hadiah, Farid Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif redONE menyampaikan hadiah kepada pemenang hadiah utama, Muhammad Afiq Rizqin bin Mohamad Rapi, Nuraini Binti Mohamad Zariman dan Noor Amierazatyka binti Ayob di mana masing-masing membawa pulang Yamaha NMAX, Yamaha Avantiz dan Yamaha Legenda 115z baharu.

“Peraduan Senang Menang Merdeka 2022 yang kami anjurkan pada tahun lepas sebagai tanda penghargaan kami kepada pelanggan yang mempercayai dan memberi sokongan sejak awal penubuhan syarikat, mendapat sambutan yang menggalakkan. 

“Kami berbesar hati dapat bersua muka dengan pemenang-pemenang hadiah utama dan berhasrat dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik di samping menawarkan produk dan ganjaran yang lebih menarik untuk pelanggan kami pada masa akan datang,” ujar Farid.

Selain motosikal, antara hadiah menarik lain yang diberikan kepada pemenang peraduan Senang Menang Merdeka 2022 termasuk iPhone, iPad, telefon pintar, tablet, baucar beli-belah dan banyak lagi.

Pelan redONE Postpaid dari harga serendah RM8 sebulan boleh didapati di semua rakan jualan redONE di seluruh negara, atau melalui pendaftaran sendiri pelanggan di redONE.com.my.
 

Advertisement