Anda di sini

Dua maut, 16 cedera dalam nahas kereta api di Mesir

Advertisement
Anggota polis dan responden pertama melakukan pemeriksaan di lokasi nahas  kereta api di bandar Qalyub di utara ibu kota Kaherah di Delta Nil kelmarin. — Gambar AFP
Anggota polis dan responden pertama melakukan pemeriksaan di lokasi nahas kereta api di bandar Qalyub di utara ibu kota Kaherah di Delta Nil kelmarin. — Gambar AFP

QALYUB: Dua orang maut dan beberapa lagi cedera dalam kemalangan kereta api di utara Kaherah kelmarin, menurut kementerian kesihatan Mesir selepas tragedi kereta api terbaru di negara itu.

Kenyataan kementerian mengesahkan terdapat “dua kematian dalam kemalangan kereta api di Qalyub, manakala mereka yang cedera berada dalam keadaan stabil.”

Angka awal kementerian sebelum ini melaporkan seorang maut dan 16 tercedera, termasuk enam mangsa yang sudah dirawat dan dilepaskan.

Insiden itu berlaku di Qalyub, di utara ibu kota Kaherah di Delta Nil.

Pihak berkuasa kereta api negara Mesir berkata, kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta api penumpang memasuki stesen Qalyub dengan melanggar isyarat berhenti.

“Itu menyebabkan lokomotif dan gerabak pertama tersebut tergelincir,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

Gambar dari tempat kejadian menunjukkan responden pertama berkumpul pada gerabak yang sudah rebah, di belakang tembok tinggi di sebuah kawasan bandar.

Polis membentuk perimeter untuk menghalang orang ramai yang menilik dari dinding berdekatan.

Sebuah kren kemudian dibawa masuk untuk mengangkat gerabak yang tergelincir yang renyuk sebahagiannya. — AFP
 

Advertisement