Anda di sini

Taufan Freddy kembali badai Madagascar, empat maut

Advertisement
 

ANTANANARIVO: Ribut tropika Freddy kembali membadai Madagascar buat kali kedua dalam masa beberapa minggu dalam apa yang dikatakan oleh ahli meteorologi kelmarin sebagai satu trajektori gelung yang “jarang berlaku”, membunuh empat orang, termasuk dua kanak-kanak.

Pihak berkuasa di negara pulau Lautan India itu kelmarin mengesahkan seorang kanak-kanak berusia setahun maut apabila sebuah rumah roboh semasa angin kuat dan hujan lebat melanda wilayah selatan-barat.

Seorang lagi kanak-kanak, berusia dua tahun, terkorban dalam keadaan yang tidak dinyatakan.

Dua wanita dalam lingkungan usia 50-an turut maut.

Secara keseluruhan sekurang-kurangnya 11 orang telah meninggal dunia di Madagascar sejak Freddy melanda buat kali pertama pada Februari lepas.

Seramai tujuh orang lagi terkorban di Mozambique, di mana ribut tropika itu turut diramal akan muncul semula pada lewat minggu ini.

“Trajektori ‘pusaran’ ini adalah sangat jarang berlaku,” kata Rivo Randrianarison, ketua peramal cuaca di Meteo Madagascar. — AFP 
 

Advertisement