Anda di sini

Rakyat damba Kerajaan Perpaduan terus tingkat prestasi

Advertisement
 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat kiri) pada Majlis Pelancaran Wacana Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 19 Januari lalu. Turut kelihatan kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua kiri), Dato Sri Fadillah Yusof (lima kanan) dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (tiga kanan). ­— Gambar Bernama
VISI MEMULIH NEGARA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat kiri) pada Majlis Pelancaran Wacana Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 19 Januari lalu. Turut kelihatan kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua kiri), Dato Sri Fadillah Yusof (lima kanan) dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (tiga kanan). ­— Gambar Bernama

Hari ini, 4 Mac 2023 genap 100 hari Kerajaan Perpaduan dibentuk di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Wartawan Siti Aisyah Narudin dan Hamkar Sarbinee menemu bual beberapa tokoh perniagaan dan akademik, usahawan serta pemimpin masyarakat untuk mendapatkan pandangan mereka berhubung pencapaian Kerajaan Perpaduan setakat ini serta harapan dan cadangan mereka untuk melangkah ke hadapan.

Kerajaan Perpaduan asas kestabilan politik, ekonomi
PEMBENTUKAN Kerajaan Perpaduan adalah pe-nyelesaian paling praktikal kerana kestabilan politik dan ekonomi amat diperlukan.
“Pada masa ini, kita perlu menyediakan kestabilan politik dan ekonomi yang mantap untuk membawa negara kita ke hadapan. 
“Selain berusaha mengu-rangkan kos sara hidup rakyat, momentum kestabilan politik dan ekonomi negara perlu dijaga seperti masa ini bagi memberikan keyakinan kepada semua peringkat termasuk komuniti perniagaan asing.
“Kerajaan yang stabil akan memfokuskan kepada agenda ekonomi untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mantap, matlamat dan inisiatif yang jelas menerusi arah perjalanan yang praktikal untuk mencapai kemajuan.
“Bagaimanapun, untuk membawa Malaysia terus maju, beberapa pekara perlu diambil perhatian oleh Kerajaan Perpaduan.
“Kerajaan harus meningkatkan kecekapan jentera kerajaan dengan mengurangkan birokrasi, proses yang membosankan dan peraturan birokrasi yang berlebihan.
“Tanamkan sistem ber-orientasikan hasil yang me-muaskan, selain mewujudkan persekitaran mesra perniagaan dalam membantu komuniti perniagaan teruta-manya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mendapat manfaat daripada dasar kerajaan.

Datuk Richard Wee
Presiden Persatuan Persekutuan Cina Bahagian Kuching, Kota Samarahan dan Serian

Kerajaan baharu mewakili permulaan baharu
DALAM usaha kerajaan melangkah ke hadapan, saya berharap soal perbeza-an perlu diketepikan dan berusaha ke arah kebaikan rakyat. Kerajaan baharu mewakili permulaan baharu bagi Malaysia, dan adalah penting agar mereka tidak mengecewakan rakyat.
“Pada pendapat saya, terdapat tiga bidang utama yang perlu diberi tumpuan oleh pendidikan, alam sekitar dan pembangunan infrastruktur asas.
“Pendidikan penting untuk memastikan kualiti pendidikan dipertingkatkan di seluruh negara, termasuk di kawasan luar bandar dan bidang pendidikan juga harus dapat diakses oleh semua orang.
“Aspek alam sekitar juga perlu diutamakan kerana dengan peningkatan jumlah (mangsa) banjir setiap tahun, kerajaan harus mengutamakan amalan pembangunan mampan dan perlindungan untuk menjaga alam sekitar kita.
“Selain itu, infrastruktur asas turut penting untuk memberi tumpuan kepada keperluan asas rakyat khususnya di Sabah.
“Kerajaan harus mena-ngani isu-isu seperti akses kepada air bersih, elektrik, dan jalan raya kerana ia penting untuk pertumbuhan ekonomi wilayah dan negara secara keseluruhan.
“Dengan menambah baik infrastruktur asas, kita boleh menggalakkan orang ramai menyumbang kepada ekonomi dan meningkatkan taraf hidup mereka.”

Zazila Roslan
Presiden Persatuan Keusahawanan Sosial Sabah (SOSEA)

Tadbir masyarakat berbilang bangsa dengan baik
MALAYSIA adalah sebu-ah negara yang berbilang bangsa dan etnik serta tinggal di tiga wilayah utama negara iaitu Semenanjung, Sarawak dan Sabah. Justeru, geopolitik dan politik berasaskan perkauman sememangnya menjadi kunci utama kepada mana-mana pemimpin politik.
“Masyarakat berbilang bangsa perlu ditadbir dengan baik dengan menggunakan struktur Kerajaan Perpaduan bagi membolehkan setiap sektor mendengar suara mereka di Parlimen. 
“Dengan perkongsian tadbir urus dalam kalangan kumpulan politik, ia akan menjadi cara terbaik untuk memastikan kestabilan dalam kerajaan. Hanya dengan kerajaan yang stabil ekonomi Malaysia boleh maju.
“Sebanyak 97 peratus daripada perniagaan di Malaysia adalah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan 76 peratus daripada PKS adalah mikro manakala, 60 peratus pekerjaan di Malaysia disediakan oleh PKS.
“Sehubungan itu, PKS terutamanya mikro, sedang bergelut untuk bertahan walaupun kini tanpa pandemik, tetapi banyak yang ditutup kerana pandemik COVID-19.
“Setiap kali, kerajaan membuat dasar dan pindaan buruh, ia dilihat menambah beban perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Pindaan Akta Kerja di Semenanjung Malaysia baru-baru ini tidak mengambil kira sewajarnya kesan ke atas kos operasi perniagaan. 
“Dengan lulusnya pindaan itu, kos berkenaan akan menyebabkan peningkatan kos sara hidup pengguna. Kedua-dua perkara ini harus dijadikan perhatian utama Kerajaan Perpaduan dan juga semua rakyat Malaysia.
“Cadangan saya adalah untuk sebarang perubahan besar dalam dasar, sama ada buruh atau kewangan, perubahan ini hanya perlu dilaksanakan selepas perbincangan yang teliti bersama kalangan wakil daripada pihak berkepenti-ngan utama agar penyelesaian terbaik dapat diilhamkan bersama.”

Profesor Datuk Foo Ngee Kee
Presiden Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Sabah

MA63: Tuntutan Sabah, Sarawak jadi keutamaan
KERAJAAN perpaduan adalah sebuah kerajaan yang dibentuk daripada parti dan perikatan parti-parti politik yang mempunyai ideologi berbeza. Mereka bekerjasa-ma atas satu persefahaman sahaja iaitu ‘kuasa’.
“Namun dari perspektif Sabah dan Sarawak, ia me-nunjukkan beberapa perkara yang diumumkan bersifat disolusi atau penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri, autonomi kepada Sabah dan Sarawak, serta memenuhi tuntutan hak-hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 
“Kuasa kerajaan Sabah dan Sarawak meluluskan projek bernilai di bawah RM50 juta, bayaran balik hasil pendapatan cukai di bawah Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan, eksplorasi industri gas dan minyak kepada Sabah dan Sarawak, semuanya kedenga-ran meyakinkan meskipun ada kegusaran kemungkinan berakhir dengan retorik politik iaitu pengumuman tanpa disusuli dengan tindakan.
“Ia umpama suatu harapan baharu kepada rakyat selepas kerajaan terdahulu dilihat begitu buruk dan korup disebabkan kempen-kempen dan propaganda yang dilancarkan terhadap mereka.
“Rakyat sedang memerhati dan menilai. Isu kos sara hidup khasnya seperti harga telur ayam yang dipolitikkan kini di bawah tanggungjawab mereka pula.”

Profesor Madya Dr Lee Kuok Tiung
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Komited bangkitkan Malaysia dalam cabaran ekonomi
DALAM tempoh 100 hari, Kerajaan Perpaduan sudah menunjukkan usaha membawa Malaysia ke hadapan walaupun dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar.
“Antaranya ialah memastikan keterjaminan makanan serta usaha mengurangkan impak akibat peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Namun usaha-usaha ini hanya akan menampakkan hasil jika dilaksanakan atau yang akan dilaksanakan itu dilakukan dengan konsep bertanggungjawab dan telus.
“Selain itu juga, pengenalan visi Malaysia Madani dilihat sebagai ‘blueprint’ dan pelengkap kepada hala tuju negara.
“Bagi Kerajaan Perpaduan ini, perkara terbaik yang dicapai dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kepada rakyat dan juga kepada sistem pentadbiran kerajaan khususnya hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan.
“Dalam konteks hubungan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, perkara terbaik yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan setakat ini dapat dilihat melalui beberapa keputusan memberi kuasa mengawal selia bekalan gas serta menurunkan kuasa sepenuhnya kepada kerajaan Sabah dan Sarawak untuk melaksanakan projek persekutuan di bawah RM50 juta. 
“Ini sekali gus mencerminkan janji serta komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memperkasakan wilayah Sabah dan Sarawak.
“Pendekatan yang boleh diambil dalam memastikan kestabilan politik berterusan bagi Kerajaan Perpaduan adalah mengamalkan konsep ‘collective responsibi-lity’ dalam apa jua keputusan.
“Harus ingat bahawa persepsi rakyat terhadap kerajaan ini penting kerana ia merupakan ‘restu’ rakyat kepada kerajaan.”

Nur Afisha Yusuf
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak

PM Anwar ada kelainan dari segi kepimpinannya
KEMAMPUAN sesebuah kerajaan untuk memajukan Malaysia terletak kepada kepimpinannya.
“Kepimpinan itu dilihat dari segi pemimpin yang mempunyai idea bernas, pemimpin inklusif dan mendengar, ada kepimpinan terhadap semua rakyat yang dipimpin serta pemimpin yang sederhana dan tidak pilih bulu.
“Inilah ciri pemimpin yang mampu membawa kesepaduan etnik bejalan ke hadapan menghadapi sebarang cabaran dan akan menang dan membawa kegembiraan dan kesejahteraan kepada orang Malaysia tanpa mengira latar belakang etnik dan agama.
“Bagaimanapun, setakat ini belum ada pencapaian yang menyerlah daripada Kerajaan Perpaduan.
“(Namun) sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan ada kelai-nan dari segi cara pimpinannya dalam konteks mende-ngar permintaan Sabah dan Sarawak di mana geran khas dinaikkan daripada RM16 juta kepada RM100 juta, kadar geran negeri dikaji semula serta imbangan kuasa kerana Sabah dan Sarawak adalah dua wilayah yang bergabung dengan Malaya menubuhkan Malaysia akan juga dikaji.
“Sehubungan itu, apa yang diharapkan ialah tindakan (ahli) kabinet kerajaan iaitu menteri perlu memainkan peranan penting iaitu berhubung secara terus kepada PM mengenai sesuatu perkara yang bakal dilaksanakan dan tidak hanya meuar-uarkan menerusi media sosial.
“Begitu ramai menteri dalam kabinet tetapi hanya beberap orang sahaja yang bekerja dan dapat dilihat menerusi televisyen dan media, di mana yang lain dan apa perancangan mereka (menteri) berkaitan bidang kerja mereka untuk mengatasi cabaran di negara ini.”

Profesor Datuk Dr Jayum Jawan
Profesor Sains Politik Universiti Putra Malaysia dan Felo Akademi Sains

Usaha bantu rakyat terserlah
TERBENTUKNYA Kerajaan Perpaduan adalah noktah kepada perebutan kuasa.
“Dalam keadaan politik yang stabil, dapat lihat dalam tempoh 100 hari ini usaha kerajaan untuk mengembalikan status ekonomi dan membantu rakyat diberi perhatian menerusi pembentangan Belanjawan 2023 baru-baru ini.
“Ini antara kesungguhan kerajaan untuk membantu rakyat keluar daripada kemiskinan hidup selepas pandemik COVID-19 melalui belanjawan tersebut sambil dibantu oleh inisiatif lain setakat ini.
“Sekiranya keadaan politik stabil, maka pelabur asing yakin untuk masuk ke Malaysia bagi tujuan pelaburan dan ini semestinya dapat melon-jakkan ekonomi negara.
“Nampaknya setakat ini (100 hari) sekiranya momentum politik yang stabil dapat dikekalkan, ia boleh membawa Malaysia untuk berada ke hadapan dari segi ekonomi.
“Asalkan tiada pergolakan dalam kerajaan. Antara defisit pertama yang merosakkan kerajaan ialah anasir dari luar kerajaan dan paling bahaya ialah sekiranya berlaku pergolakan dalaman.
“Kita (rakyat) takut se-kiranya berlaku perebutan kuasa untuk kepentingan peribadi, ini bermakna ia mengatasi apa yang diungkapkan oleh kerajaan.
“Ini bererti (jika berlaku perebutan kuasa), apa yang disebut oleh kerajaan selama ini untuk membantu rakyat dan sebagainya boleh dianggap retorik sahaja dan lebih mementingkan kuasa.
“Isu berkaitan keperluan hari rakyat seperti krisis ma-kanan, isu telur selain perkara berkaitan kebajikan rakyat dari sudut pengguna sedikit sebanyak dapat diatasi.
“Segala yang dijanjikan sebelum ini seperti menurunkan harga minyak, turunkan tol dan perkara lain hendaklah dilaksanakan dalam tempoh kerajaan memerintah.
“Beri perhatian juga kepada kestabilan politik, menaik taraf kehidupan rakyat, me-rancakkan ekonomi segenap sektor terutama industri kecil di mana ia bantu masyarakat berdikari dan menambah pendapatan, meningkatkan peluang pekerjaan dengan  menggalakkan kemasukan pelabur asing.”

Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman
Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan) Universiti Malaysia Sarawak 

Permuafakatan demi kebajikan rakyat Malaysia
PEMBENTUKAN Kerajaan Perpaduan adalah satu pendekatan yang baik dalam mewujudkan satu permuafakatan dalam negara dan membolehkan kebajikan dan tuntutan daripada pelbagai lapisan masyarakat Malaysia diberikan keutamaan dan mengetepikan kepentingan politik dan parti masing-ma-sing semata-mata. 
“Saya yakin inisiatif pembentukan Kerajaan Perpadu-an dapat membuka minda para pemimpin politik untuk fokus kepada kepentingan rakyat dan negara.
“Selain itu, ia juga membolehkan kerajaan mencapai satu titik persetujuan dalam menetapkan dasar kerajaan yang terbaik.
“Namun, 100 hari adalah tempoh yang agak pendek untuk menilai pencapaian yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang. 
“Rakyat masih lagi berhadapan dengan masalah harga barang yang semakin meningkat dan ini juga mungkin disebabkan oleh sesetengah peniaga atau penjual yang tidak bertanggungjawab dalam meningkatkan harga barang sesuka hati.
“Perkara ini perlu dilihat kembali melalui perancangan yang lebih efektif daripada kerajaan untuk mengetatkan kawalan dan penguatkuasaan kenaikan harga barang dalam kalangan peniaga.
“Antara inisiatif yang dapat dilihat daripada kerajaan ialah melalui pelaksanaan Menu Rahmah iaitu menawarkan jualan makanan yang dapat dibeli pada harga yang lebih murah. 
“Usaha ini sangat baik bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat dari segi makanan dan saya harapkan agar inisiatif ini diteruskan dan ditambah baik dari semasa ke semasa.”

Verciana Alexsandra
Ahli Cabang Pengusaha Mimi Wellness
Advertisement