Anda di sini

Tiga penerima dari Rumah Kiding Buda terima faedah daripada skim PERKESO

Advertisement
Lau (duduk tiga kanan), Dundang (duduk dua kanan) bersama penerima faedah serta yang lain selepas majlis penyampaian faedah PERKESO di Rumah Kiding (berdiri tiga kiri).
Lau (duduk tiga kanan), Dundang (duduk dua kanan) bersama penerima faedah serta yang lain selepas majlis penyampaian faedah PERKESO di Rumah Kiding (berdiri tiga kiri).

SIBU: Tiga penerima dari Rumah Kiding Buda, Nanga Salim menerima faedah daripada skim yang ditawarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), hari ini.

Penerima pertama ialah Jeffery Nira yang merupakan suami serta waris kepada mendiang Dordai Sandom, yang meninggal dunia akibat kemalangan pada 3 Januari lepas.

Mendiang Dordai merupakan pencarum kepada Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang diperkenalkan pada 1 Disember 2022, melayakkan warisnya menerima Faedah Pengurusan Mayat dan Pencen Penakat.

Penerima kedua ialah Patrick Kiding yang bekerja sebagai kerani akaun di sebuah syarikat perkhidmatan dan katering di Bintulu.

Pada 2 Januari 2023, Patrick mengalami kemalangan semasa sedang melakukan kerja-kerja memeriksa bahan mentah sebelum dimasukan ke dalam peti sejuk beku, di mana dia telah tergelincir kerana lantai licin serta patah paha kiri.

Penerima ketiga pula ialah isteri atau waris kepada mendiang Edward Bayum, yang merupakan seorang pekerja am sebuah syarikat di sini.

Mendiang mengalami kemalangan pada 4 Oktober 2022 dan ditemui tidak sedarkan diri di tempat kerja serta disahkan telah meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik.

Waris mendiang layak menerima Faedah Pengurusan Mayat dan Faedah Orang Tanggungan daripada PERKESO.

Majlis penyerahan faedah telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, bertempat di Rumah Kiding, Nanga Salim hari ini.

Hadir sama ialah Pengurus PERKESO Sibu Dundang Udong, Timbalan Pengurus PERKESO Sibu Micheal Blayong serta Tuai Rumah Kiding.  
 

  • oleh
  • Advertisement