Anda di sini

Meet Point pukau penonton, juara Battle of The Bands sempena Limbang Motor Day 1.0 

Advertisement
Rudy (kanan) bersama kumpulan muzik Meet Point yang menjuarai Battle of The Bands sempena Limbang Motor Day 1.0, malam Jumaat.
Rudy (kanan) bersama kumpulan muzik Meet Point yang menjuarai Battle of The Bands sempena Limbang Motor Day 1.0, malam Jumaat.

LIMBANG: Berpengalaman luas dalam industri muzik di Malaysia dan luar negara selain memukau penonton memberi kelebihan kepada kumpulan muzik Meet Point Limbang apabila diumumkan juara pertandingan Battle of The Bands sempena Limbang Motor Day 1.0 yang mengegarkan Lot 777 di sini, malam Jumaat.

Selaku juara, kumpulan Meet Point menerima hadiah berupa wang tunai RM1,000 dan pingat kemenangan selepas menggamit hadirin dengan alunan lagu-lagu medley daripada Ella seperti 'Sepi Sekuntum Mawar Merah,' 'Sembilu' dan beberapa lagu lain.

Ketua Meet Point Rudy Zawawi berkata, meskipun berpengalaman luas dalam industri muzik tempatan, mereka tetap berusaha menyajikan persembahan mantap dan terbaik untuk peminat muzik dan penonton yang hadir.

Battle Of The Bands sempena Limbang Motor Day katanya, mampu memberi peluang kepada kumpulan muzik tempatan untuk menyerlahkan bakat, selain mewujudkan kelestarian dan semangat kesenian dalam setiap acara seterusnya menyemarakkan lagi aktiviti kebudayaan, kesenian dan muzik.

Pertandingan itu juga katanya, dapat menghimpunkan ramai rakan-rakan dalam bidang muzik, mengetengahkan bakat baharu selain platform kepada penggiat seni muzik untuk mempamerkan bakat masing-masing.

"Kita harap bakat kami ini dapat dihidu untuk dijemput membuat persembahan pada mana-mana acara muzik yang diadakan, selain meluaskan empayar kami ke peringkat seterusnya," katanya lagi.

Selain Rudy, Meet Point turut dibarisi Roslan Ismail selaku pemain dram, Awangku Irfan (keyboard), Asenk (gitaris) dan Cholet (vokalis).
 

  • oleh
  • Advertisement