Anda di sini

Bomba berjaya menyelamatkan wanita cuba terjun bangunan

Advertisement
Keadaan wanita yang berjaya diselamatkan pasukan bomba selepas hampir 10 minit dipujuk semalam.
Keadaan wanita yang berjaya diselamatkan pasukan bomba selepas hampir 10 minit dipujuk semalam.

BINTULU: Pasukan bomba mengambil masa selama 10 minit bagi menyelamatkan seorang wanita warganegara Indonesia berumur 44 tahun yang cuba terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan di sini, semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, sepasukan anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan khidmat khas menyelamatkan wanita berkenaan sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.25 petang.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati sememangnya terdapat seorang wanita sedang berada di bahagian tepi tingkat atas bangunan dan mengugut untuk terjun," jelasnya.

Pasukan bomba sejurus itu katanya, bertindak memujuk wanita berkenaan supaya masuk semula ke dalam bagi menyelamatkannya.

Selepas hampir 10 minit memujuk dan berbincang, mangsa akhirnya berjaya dipujuk dan ditarik anggota bomba ke bahagian dalam bangunan.

Wanita terbabit jelas Wan kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, maka pasukan bomba menamatkan operasi dan bertolak balik semula ke balai.
 

  • oleh
  • Advertisement