Anda di sini

Koperasi Koperkasa hulur zakat kepada PERYATIM Miri

Advertisement
Fathi (tengah) menyampaikan cek cura kepada Shamsiah sambil disaksikan ahli Koperkasi Koperkasa pada majlis di sebuah hotel di Miri, malam tadi.
Fathi (tengah) menyampaikan cek cura kepada Shamsiah sambil disaksikan ahli Koperkasi Koperkasa pada majlis di sebuah hotel di Miri, malam tadi.

MIRI: Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad menghulurkan sumbangan zakat kepada Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim (PERYATIM) Miri pada majlis taklimat bersama anggota perwakilan Kawasan Tiga malam tadi.

Kawasan Tiga mewakili bahagian Miri, Limbang, Lawas dan Bintulu. 

Cek sumbangan disampaikan Pengerusinya Fathi Hambali kepada wakil PERYATIM Miri Shamsiah Sanai Tahir. 

Fathi berkata, sumbangan tersebut adalah untuk tabung pendidikan anak-anak yatim di Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup di Taman Desa Indah 3. 

Menurut beliau, sumbangan zakat juga diagihkan kepada PERYATIM Kuching dan Sibu. 

"Ini merupakan antara CSR (tanggungjawab sosial korporat) kita.

"Ini merupakan aktiviti berterusan kita," jelasnya sambil menambah, sumbangan tersebut menunjukkan keprihatinan terhadap golongan memerlukan.

Mengenai pejabat cawangan Miri, Fathi berkata pejabat yang terletak di pusat komersial Boulevard itu dijangka beroperasi pada Mei akan datang. 

Beliau berharap pembukaan pejabat di sini akan meningkatkan pemahaman tentang peranan Koperkasa dan perniagaannya kepada penduduk. 

"Kita sedang melakukan kerja-kerja renovasi di pejabat ini.

"Pejabat ini juga akan menjadi cabang perniagaan kita, " jelasnya. 

Advertisement