Anda di sini

Pejabat DUN Kukusan sumbang 1,100 ‘SPM Kit’

Advertisement
 Rina (tiga kanan) menyampaikan sumbangan ‘SPM Kit’ kepada pelajar KV Tawau.
SUMBANGAN: Rina (tiga kanan) menyampaikan sumbangan ‘SPM Kit’ kepada pelajar KV Tawau.

TAWAU: Lebih 1,100 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di mukim Kukusan menerima ‘SPM Kit’ bermula hari ini.

Sumbangan berupa alatan tulis dan penutup separuh muka itu adalah inisiatif berterusan Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan bagi menyantuni pelajar SPM.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Haji Jainal berkata, inisiatif itu dilakukan setiap tahun menjelang ketibaan peperiksaan SPM.

“Kita akan agihkan ‘SPM Kit’ ini kepada lima buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau, SMK Kuhara, SM St Patrick, SM Islamiah dan Kolej Vokasional.

“Saya berharap dengan adanya sumbangan ini, dapat memudahkan pelajar membuat persediaan menjelang peperiksaan SPM nanti,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan Sabah berkata demikian dalam program kejohanan Sukan Sinar Obor Kolej Vokasional (KV) Tawau, di sini hari ini.

Rina berkata, pihaknya sangat menitikberatkan soal pendidikan golongan belia supaya mereka dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang pelajaran.

“Saya doakan semua pelajar SPM tahun ini dapat menjawab soalan dengan baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang

“Kami juga sedaya upaya akan menyantuni semua golongan masyarakat di mukim Kukusan khususnya yang memerlukan agar tiada tercicir menerima bantuan,” katanya.

 Rina bergambar bersama kontinjen dan atlet rumah sukan yang bertanding.
SUKAN: Rina bergambar bersama kontinjen dan atlet rumah sukan yang bertanding.

Mengulas mengenai kejohanan tersebut, Rina mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengurusan kolej kerana berjaya menganjurkan program ini dengan baik.

“Saya difahamkan kejohanan ini adalah yang pertama dilakukan oleh pihak KV Tawau selepas pandemik COVID-19 melanda seluruh negara.

“Semoga dengan sedikit sumbangan yang kami berikan dapat membantu pihak KV Tawau menganjurkan kejohanan ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement