Anda di sini

Edisi Khas `Nusantara, Jiran Sepulau' untuk Presiden ISWAMI Indonesia, Asro Kamal Rokan

Advertisement
 Lichong menyerahkan naskhah `Nusantara, Jiran Sepulau' kepada Asro, sambil disaksikan Mokhtar (kanan) dan Jeniri (kiri).
SEMANGAT ISWAMI: Lichong menyerahkan naskhah `Nusantara, Jiran Sepulau' kepada Asro, sambil disaksikan Mokhtar (kanan) dan Jeniri (kiri).

MEDAN (Indonesia): Ketua Pengarang Utusan Borneo Sabah, Lichong Angkui menyerahkan Edisi Khas buku "Nusantara, Jiran Sepulau" kepada Presiden Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Indonesia, Asro Kamal Rokan.

Hadir sama Presiden ISWAMI Malaysia, Datuk Mokhtar Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) Suara Sarawak & New Sarawak Tribune, Datuk Dr Jeniri Amir.

Buku kecil 20 halaman itu dicetak khas sempena Hari Pers Nasional (HPN) Indonesia 2023.

Ia memuatkan artikel mengenai HPN dan kisah perjalanan Lichong mengembara seluruh Kalimantan selepas Presiden Jokowi mengumumkan perpindahan Ibu Kota Negara (IKN) Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan Timur (Kaltim) yang kemudian dinamakan sebagai Nusantara.

Turut disiar adalah hasil pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Jokowi ketika lawatan rasmi ke Jakarta bulan lepas.

Juga dimuatkan adalah laporan berkaitan kunjungan hormat delegasi ISWAMI Malaysia dan Indonesia ke atas Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Advertisement