Anda di sini

Bekas pemimpin komunis Bong Kee Chok meninggal dunia pada usia 91 tahun

Advertisement
Bong meninggal dunia pada usia 91 tahun dan pengebumiannya dilakukan mengikut upacara tradisional Buddha.
Bong meninggal dunia pada usia 91 tahun dan pengebumiannya dilakukan mengikut upacara tradisional Buddha.

KUCHING: Bong Kee Chok, pemimpin komunis yang menandatangani perjanjian damai Sri Aman pada 1973 yang membawa kepada peletakan senjata semasa pemberontakan di Sarawak, meninggal dunia semalam pada usia 91 tahun.

Beliau  meninggal dunia kira-kira pukul 6 pagi, kata seorang ahli keluarga kepada pemberita di kediamannya di sini, sambil menambah bahawa kesihatan Bong tidak begitu baik selepas diserang angin ahmar pada akhir April tahun lalu.

Beliau meninggalkan empat orang anak. Isterinya telah meninggal dunia pada tahun 2019.

 Abdul Rahman (duduk, kiri) dan Bong menandatangani perjanjian damai di Sri Aman pada 1973 untuk anggota Parti Komunis Kalimantan Utara meletakkan senjata mereka.
Abdul Rahman (duduk, kiri) dan Bong menandatangani perjanjian damai di Sri Aman pada 1973 untuk anggota Parti Komunis Kalimantan Utara meletakkan senjata mereka.

Bong adalah bekas pengarah dan komisar politik Tentera Rakyat Kalimantan Utara (Paraku) dan Pertubuhan Komunis Sarawak yang sudah tidak lagi berfungsi.

Beliau telah menyertai gerakan komunis sejak zaman persekolahan menengahnya pada 1950-an dan aktiviti mereka berterusan selama kira-kira dua dekad sehingga kemerosotan parti itu pada 1970-an.

Bong dan Allahyarham Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub, yang ketika itu ketua menteri Sarawak, telah menandatangani Memorandum Persefahaman atau perjanjian damai di Sri Aman pada 20 Oktober 1973.

Advertisement