Anda di sini

Vieira satu-satunya pengurus berkulit hitam dalam liga tertinggi England

Advertisement
 

LONDON: Pengurus Crystal Palace, Patrick Vieira berkata pada Jumaat bahawa ia adalah sukar untuk memahami kenapa dia adalah satu-satu pengurus kulit hitam dalam liga tertinggi bola sepak lelaki atau wanita di England.

Bekas kapten kelab Arsenal itu dinamakan bersama-sama pemain seperti Bukayo Saka, Raheem Sterling dan Marcus Rashford minggu ini dalam Senarai (Atlet) Kulit Hitam Bola Sepak tahun ini, yang mengiktiraf usaha golongan kulit hitam yang bekerja dalam pelbagai sektor dalam sukan bola sepak.

Satu laporan dikeluarkan pada bulan Oktober mendedahkan bahawa 43 peratus pemain dalam Liga Perdana Inggeris adalah berkulit hitam, tetapi Vieira adalah pengurus tunggal.

Laporan Szymanski, dibiayai oleh Rakan Pemain Bola Sepak Kulit Hitam, juga mendapati bahawa 14 peratus mereka dengan kelayakan kejurulatihan tahap tertinggi adalah  berkulit hitam.

Bagaimanapun, mereka berkulit hitam hanya merupakan 1.6 peratus dalam jawatan eksekutif, kepimpinan dan pemilikan dalam bola sepak.

Pengarah teknikal kelab Queens Park Rangers, Les Ferdinand, berkata angka itu menunjukkan bahawa Kod Kepelbagaian Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris – yang dilancarkan pada 2020 untuk menangani ketaksamaan kaum – telah gagal. — AFP

Advertisement