Anda di sini

Kemalangan: Kelindan lori yang cedera parah tersepit di tempat duduk berjaya dikeluarkan

Advertisement
Pasukan bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam satu kemalangan yang melibatkan dua buah lori di kawasan Tanjung Genting, Bintangor, pada Sabtu.
Pasukan bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam satu kemalangan yang melibatkan dua buah lori di kawasan Tanjung Genting, Bintangor, pada Sabtu.

BINTANGOR: Seorang kelindan sebuah lori tersepit di tempat duduk dan mengalami cedera parah setelah lori yang dinaikinya bertembung dengan sebuah lagi lori, dalam satu kemalangan yang berlaku di kawasan Tanjung Genting, dekat sini, pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pihak boba telah menerima panggilan kecemasan berkaitan dengan kemalangan ini pada jam 12.53 tengah hari.

"Ketika sampai di lokasi kemalangan yang terletak 8 kilometer dari balai, pasukan bomba mendapati seorang lelaki yang berusia 31 tahun dan berada di tempat duduk sebelah pemandu telah tersepit di bahagian kaki kirinya.

"Berdasarkan situasi tersebut, pasukan bomba telah bertindak menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kaki mangsa dari tersebut.

"Usaha tersebut telah mengambil masa 30 minit dan sejurus berjaya dikeluarkan, mangsa telah diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa mendapatkan rawatan," katanya kepada media, hari ini.

Sementara itu, kedua-dua pemandu lori terbabit dilaporkan terselamat.

Menurut Nicholas, setelah berjaya mengeluarkan mangsa yang tersebut, pasukan bomba telah bertindak membersihkan sisa-sisa kemalangan bagi memastikan lokasi tersebut selamat dan tidak berisiko kepada pengguna jalan raya yang lain.

"Punca sebenar kemalangan masih lagi belum dipastikan lagi dan setelah memastikan tiada mangsa lain di lokasi kemalangan tersebut dan keadaan selamat, pasukan bomba terbabait telah bertolak balik semula ke balai," kata Nicholas lagi.
 

  • oleh
  • Advertisement