Anda di sini

Harden adakan perjumpaan dengan agensi pelaksana kerja RTP 

Advertisement
Harden menghadiri taklimat bersama wakil agensi pelaksana projek RTP dan Projek Rakyat bagi kawasan Sri Aman.
Harden menghadiri taklimat bersama wakil agensi pelaksana projek RTP dan Projek Rakyat bagi kawasan Sri Aman.

KUCHING: Timbalan Menteri Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis mengadakan lawatan serta  perjumpaan dengan beberapa agensi pelaksana kerja Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan Sri Aman pada Jumaat. 

Lawatan serta perjumpaan itu adalah bagi mendapatkan status kemajuan terkink projek pembangunan yang telah dicadangkan dan diluluskan untuk dilaksanakan oleh agensi pelaksana projek yang telah ditetapkan.

Diantara agensi yang dikunjungi pada kali ini ialah Jabatan Kerja Raya Bahagian Sri Aman dan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Sri Aman.

Kedua-dua agensi berkenaan merupakan agensi pelaksana projek RTP dan Projek Rakyat.

Untuk rekod, pada tahun 2022 terdapat empat  buah projek RTP dibawah agensi pelaksana JKR Bahagian Sri Aman dengan nilai RM850,000.00. 

Manakala  untuk DID terdapat dua buah projek dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM399,970.00 telah dilaksanakan. 

Dalam ucapan ringkasnya, Harden mengingatkan agensi pelaksana untuk komited dalam melaksanakan projek demi manfaat rakyat secara keseluruhannya. 

"Saya bukan datang  untuk buat pemeriksaan mengejut terhadap agensi pelaksana namun tujuan saya adalah ingin mendapat status terkini progres projek RTP yang telah dipertanggungjawabkan kepada agensi.

"Saya mengingatkan agensi pelaksana terus memantau projek yang telah ditawarkan kepada syarikat melalui cabutan undi boleh menyiapkan projek dalam tempoh yang dipersetujui," katanya. 

Pelaksanaan projek RTP bertujuan merapatkan jurang pembangunan di bandar dengan kawasan luar bandar dan peruntukan tersebut hanya terdapat di negeri Sarawak disalurkan melalui wakil rakyatGabungan Parti Sarawak (GPS).
 

Advertisement