Anda di sini

TRAVEX promosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan, kata Tiong

Advertisement
 

BINTULU: Pameran Pelancongan Antarabangsa Travel Exchange (TRAVEX) menjadi platform terbaik bagi memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terkemuka di rantau ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing (gambar).

Beliau berkata, program Forum TRAVEX yang diadakan di Indonesia baru-baru ini dilihat sebagai tepat pada masanya bagi mempromosikan pelancongan di negara ini.

"TRAVEX merupakan antara acara terpenting dalam Forum Pelancongan ASEAN 2023 dan berupaya menarik minat rakan kongsi antarabangsa termasuk membuka peluang kepada potensi perniagaan yang menguntungkan," ujar beliau dalam satu kenyataan.

Dalam TRAVEX katanya, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan meuar-uar serta mempromosikan Malaysia sebagai sebuah pusat pelancongan yang menarik dan selamat untuk dilawati.

Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu berharap agar pada masa hadapan, kementerian atau exco pelancongan di kesemua 13 negeri di Malaysia akan dapat turut serta dan bekerjasama dalam mempromosikan negeri masing-masing di pentas antarabangsa. 

"Promosikanlah negeri masing-masing agar pelancong asing tahu dan tertarik untuk berkunjung ke tempat anda," ujarnya.

Pada masa sama, Tiong menyeru semua warganegara agar mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang harmoni, seiring semangat Malaysia Madani yang mementingkan elemen perpaduan dalam kalangan masyarakat yang menjadi keunikan negara ini.
 

  • oleh
  • Advertisement