
PAPAR: Stor penyimpanan senjata Batalion 16 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kinarut di sini dilaporkan terbakar.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata kebakaran hanya membabitkan peralatan elektrik dan rak-rak penyimpanan barang yang berada di stor penyimpanan senjata.
Beliau bagaimanapun berkata kebakaran berlaku jam 3 pagi dan api berjaya dipadam oleh pihak PGA dan kejadian tidak dimaklumkan kepada pihak Bomba.
“Pihak Bomba bertindak ke lokasi bagi mengesahkan kebakaran dan membuat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada unsur bahaya lain di lokasi.
“Operasi keseluruhan ditamatkan jam 1.40 petang,” katanya.